Ye Gong Hao Long
Peribahasa "Ye Gong Hao Long" atau "Ye Gong Gemar Akan Naga" ini, membawa erti gemar akan sesuatu yang sebenarnya ditakuti. Ia digunakan untuk mempersenda orang atau golongan yang pada zahirnya sangat berminat kepada sesuatu benda, tetapi hakikatnya bukanlah benar-benar suka kepada benda tersebut, malah takut kepadanya.
Ia boleh digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang suka menggembar-gembur tentang kegemarannya, tetapi ketika benda atau objek yang selalu digembar-gemburkannya itu benar-benar muncul di hadapannya, wajahnya segera menjadi pucat ketakutan.
Dalam kehidupan kita, ada orang yang mengekalkan hobi atau kegemaran sendiri selama beberapa tahun berturut-turut. Pada pendapat saya, ketika memupuk hobi, kita perlu memahami dan mengikut kehendak hati sendiri. Sekiranya kita menyukai perkara tersebut, kita akan melakukan dengan rela hati tanpa paksaan. Jika kita lakukan hanya untuk keseronokan, kita pasti akan tinggalkan hobi tersebut. Oleh itu, kita seharusnya mempunyai niat yang jelas dan mendalam dalam melakukan sesuatu perkara.