Bahasa Melayu

Realisasikan Angan-Angan Jadi Realiti

CRI2018-03-30 15:35:01

Mat Jenin, satu watak dalam cerita rakyat Melayu yang mati terjatuh kerana berangan-angan ketika memanjat pokok kelapa.

Pengajaran daripada cerita rakyat itu, jangan berangan-angan, buat kerja secara bersungguh-sungguh dan jangan lalai ketika membuat sesuatu pekerjaan, hinggakan lahir peribahasa seperti “angan- angan Mat Jenin"..

Namun, ramai yang beranggapan bahawa angan-angan tidak semestinya negatif dan mengundang kegagalan, sedangkan peribahasa “angan-angan Mat Jenin” akan menghalang kita daripada berani bermimpi.

Dengan disusuli tindakan, angan-angan boleh dijanakan menjadi impian dan cita-cita, seterusnya menjadi buah fikiran baharu untuk memangkinkan penciptaan hingga membuahkan hasil yang dihasratkan.

Hal ini juga diceritakan dalam peribahasa China “Wang Mei Zhi Ke”, yang bermaksud ketika menderita kehausan, membayangkan buah plum yang rasanya masam untuk melegakan rasa dahaga.

Peribahasa ini membawa pengertian bahawa ketika seseorang gagal mendapatkan sesuatu benda yang diingininya, dia akan menyenangkan hatinya dengan angan-angan yang bukan-bukan. Angan-angan itu seterusnya bertukar menjadi harapan yang membakar semangat.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn