Bahasa Melayu

Kepercayaan Lama yang Masih Dipegang Utuh

CRI2018-03-29 14:08:19

Pernahkah kita dengar pantang larang yang diberitahu oleh ibu bapa atau orang tua dari kecil, tetapi sendiri pun tidak memahami atau menyetujui dengannya? Contohnya, Tahun Baharu China akan tiba pada bulan Februari tahun ini, terdapat banyak peraturan atau adat resam mengenai pesta meriah ini.

Mengikut kata orang tua, pada hari ketiga tahun baru Cina, kita tidak digalakkan keluar dari rumah kerana ia merupakan hari yang kurang bertuah serta seseorang itu hendaklah tidur awal dari biasa.

Jika keluar, kemungkinan akan ditimpa nasib yang malang seperti berkelahi dengan orang atau bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi.

Walaupun bukan semua orang moden mempraktikkan peraturan itu kerana mengganggap mungkin tidak relevan dalam konteks moden ini,

Tetapi kepercayaan itu masih diwarisi dan masih kekal hingga sekarang.

Terdapat banyak lagi kepercayaan yang masih diamalkan di kalangan masyarakat China, dan ia tidaklah dibincangkan secara meluas kemungkinan peraturan tersebut tidak tepat dan ianya kurang saintifik?

Kita patut tumpu terhadap satu prinsip iaitu:

Zaman beredar dan semua perkara berubah, seseorang mesti menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn