Bahasa Melayu

Matouqin

CRI2018-04-23 14:28:23

Matouqin, sejenis alat muzik gesekan klasik yang disukai oleh masyarakat etnik Mongol, mempunyai sejarah yang lama. Ia mendapat nama "Matouqin" kerana pada hujung pemegangnya diukir bentuk kepala kuda.

Kotak resonans alat muzik ini berbentuk trapezium. Tali penggeseknya amat unik. Ia dibuat daripada puluhan helai bulu ekor kuda. Nadanya jelas dan lantang, sangat merdu didengar. Oleh itu, ia lebih sesuai untuk dimainkan dalam persembahan muzik yang riang gembira.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn