Lagu Rakyat Provinsi Zhejiang dan Anhui
Lagu rakyat China beraneka-ragam.
Provinsi Zhejiang terletak di bahagian timur China. Kawasan ini kaya dengan ikan, padi dan suetra. Disebabkan keadaan geografi di pelbagai kawasan di Provinsi Zhejiang sangat berbeza, maka lagu-lagu rakyat Provinsi Zhejiang juga beraneka ragam, antaranya termasuklah lagu pertanian, lagu gunung, lagu penggembalaan dan lagu nelayan.
Di Provinsi Zhejiang terdapat banyak teluk dan pulau, Kepulauan Zhoushan merupakan kepulauan terbesar di China. Sumber ikan di sana sangat kaya. Para nelayan Provinsi Zhejiang sangat pandai menyanyikan lagu nelayan.
Provinsi Anhui terletak di bahagian timur China yang juga merupakan kawasan penyambungan bahagain utara dengan bahagian selatan China. Dialek dan adat istiadat di sana menggabungkan ciri khas bahagian selatan dan utara China, lagu-lagu rakyat Provinsi Anhui juga turut digabungkan.
Lagu rakyat yang popular di bahagian utara Provinsi Anhui agak lantang, manakala lagu rakyat bahagaian selatan Provinsi Anhui agar merdu.
"Feng Yang Hua Gu" merupakan sejenis lagu rakyat Provinsi Anhui yang telah bersejarah lama. Para penyanyi sering sambil memukul gendang sambil mempersembahkan. Pada purbakala, kawasan perairan Sungai Huai dalam wilayah Provinsi Anhui sering berjiran, penduduk tempatan terpaksa mengembara ke kawasan lain, sambil mempersembahkan "Feng Yang Hua Gu" sambil mengemis.