Lagu Rakyat Provinsi Sichuan dan Yunnan
Provinsi Sichuan terletak di barat daya China, di bahagian hulu sungai Yangtze dan dikelilingi oleh banjaran gunung yang tinggi. Lagu rakyat dan senandung merupakan 2 jenis lagu rakyat Proinsi Sichuan yang paling terkenal. Senandung Provinsi Sichuna beraneka ragam dan sering dinyanyikan dalam upacara perkanwinan atau perayaan tradisional.
Lagu laungan Provinsi Sichuan juga sangat terkenal, antara yang paling terkenal merupakan lagu laungan anak kapal di Sungai Sichuan.
Provinsi Yunnan juga terletak di barat daya China. lebih daripada 20 etnik China tinggal di sana, antaranya termasuklah bangsa Han, etnikYi, Hani dan lain-lain.
Penduduk pelbagai etnik yang tinggal di Proinsi Yunnan sangat pandai menyanyi dan menari. Oleh sebab itu lagu-lagu rakyat yang popular di sana agak banyak. Kebanyakan lagu rakyat Provinsi Yunnan menggambarkan keindahan percintaan antara pasangan kekasih. Antaranya termasuklah sejenis lagu rakyat yang dipanggil "Hua Deng", sambil menyanyikan lagu "Hua Deng" penyanyi juga akan menari tarian dengan mengikuti irama lagu.