Mekap muka Opera Peking
cri2018-03-05 16:12:21
Mekap muka Opera Peking merupakan seni solekan pada muka pelakon untuk melambangkan perangai watak. Muka merah merujuk kepada watak yang taat setia, muka hitam merujuk kepada watak yang gagah dan bijak, muka biru dan hijau merujuk kepada pahlawan yang berani, muka kuning dan putih merujuk kepada watak yang licik, muka berwarna keemasan dan perak pula merujuk kepada dewa-dewi atau hantu.