Ouyang Xiu, Sasterawan Zaman Dinasti Song Utara-CRI
Ouyang Xiu (1007-1072) yang terkenal sebagai ahli politik dan sasterawan pada zaman Dinasti Song Utara, diiktiraf sebagai seorang daripada lapan orang sasterawan yang paling ternama dalam sejarah China. Sasterawan ini mempamerkan kehebatannya menghasilkan karya purba pada zaman Dinasti Tang dan Song. Sewaktu kecil, Ouyang Xiu hidup dalam cengkaman kemiskinan, khususnya selepas ayahnya meninggal dunia ketika beliau baru berumur 4 tahun. Apabila tiba masanya untuk beliau bersekolah, ibunya telah mengajar beliau menulis di atas pasir dengan menggunakan sebatang mensiang kerana dia tidak mampu membeli kertas dan berus khat.
Ouyang Xiu telah lulus dalam ujian peringkat provinsi ketika berumur 23 tahun, dan setelah sekian lama, beliau mencapai kejayaan dalam mempopularkan penulisan karangan dalam bahasa purba. Beliau mengetepikan cara mengarang yang hanya mengumpulkan kata-kata yang indah, sehingga sukar difaham oleh pembaca dan menganjurkan kempen pembaharuan terhadap penulisan puisi dan kepengarangan pada zaman Song Utara.
Kempen pembaharuan yang dilancarkan terhadap bidang kesusasteraan pada zaman Dinasti Tang dan Song mengutamakan usaha membangkitkan semula ajaran Konfusius, menentang dan membuang cara mengarang yang rumit dan yang hanya menimbun kata-kata yang indah, tanpa erti yang kreatif. Kempen tersebut menganjurkan karangan yang ditulis dalam bahasa purba, seperti prosa yang agak terkenal yang muncul pada awal Dinasti Qin dan Han. Keistimewaan karangannya adalah ringkas, caranya bebas dan agak mudah untuk mencerminkan masalah hidup rakyat di samping membawa pemikiran yang mendalam.
Ouyang Xiu giat mempopularkan karangan dalam bahasa purba dan mendorong cara mengarang itu untuk berkembang di arena pengkaryaan semasa. Usaha beliau amat mempengaruhi cara mengarang pada zaman-zaman berikutnya. Karya-karya yang dihasilkan oleh Ouyang Xiu meliputi pemikiran yang mendalam lagi menyeluruh. Caranya berkarya juga beraneka ragam, kata-katanya halus lagi teliti, penerangannya jelas lagi lancar dan perasaannya sebagai penulis ditunjukkan secara lembut. Karya-karyanya diiktiraf menduduki tempat penting dalam sejarah kesusasteraan China.
Ouyang Xiu sentiasa mengambil hati rakyat dan kepentingan negara sehingga ucapannya yang telus sering menimbulkan kemarahan raja atau pegawai atasannya. Dalam bidang politik, Ouyang Xiu pernah menyandang jawatan dalam kerajaan tempatan dan kerajaan pusat. Beliau beberapa kali diturunkan pangkat kerana berani bercakap benar, tetapi selalu dinaikkan pangkat, kemudiannya kerana cadangannya dapat diterima oleh raja.
"Catatan Pavilion Pak Mabuk" merupakan karya yang mewakili seluruh kerya Ouyang Xiu. Beliau menyatakan rasanya dengan kata-kata yang lembut melalui gambaran persekitaran alam yang indah dan suasana masyarakat yang hormoni. Ketika itu, Ouyang baru diturunkan pangkatnya. Tetapi beliau berasa selesa kerana cita-citanya yang sukar dicapai sebelum itu, boleh dicapai ketika beliau bertugas sebagai Datuk Bandar Chuzhou yang agak rendah statustnya. Beliau mencapai kejayaan yang memuaskan dan dapat disenangi oleh masyarakat tempatan.
Dalam karangan tersebut, Ouyang Xiu merujuk dirinya sebagai "Pak Mabuk" dan menyatakan rasa selesanya dalam suasana yang harmoni di tempat yang jauh dari bandar. Beliau bersikap terbuka untuk mengelakkan gangguan akibat bermacam-macam urusan rutin dan meletakkan keselesaan mentalnya pada pemandangan alam yang indah.
"Pak Mabuk berfokus pada keindahan alam, kecuali arak yang diminumnya" merupakan ayat yang berpunca dari karangan tersebut sudah terkenal di seluruh China secara turun-temurun.
Ouyang Xiu mencapai kecemerlangan yang menakjubkan dalam bidang kesusasteraan dengan kejayaannya mencipta sejumlah lebih 500 prosa yang beaneka ragam .