Bahasa Melayu

Li Zicheng, Pemimpin Tentera Pemberontak Petani Tersohor dalam Sejarah China

CRI2018-03-29 10:21:47

Pada pertengahan abad ke-17, tentera pemberontak petani yang dipimpin oleh Li Zicheng menjadi semakin kuat. Li Zicheng memimpin tenteranya telah menawan bandar Beijing, ibu negara Dinasti Ming dan menggulingkan pemerintahan Dinasti Ming. Walaupun akhirnya beliau gagal untuk menubuhkan pemerintahannya sendiri, tetapi peperangan yang dilancarkan oleh tentera pemberontak petani yang dipimpin oleh beliau untuk menjatuhkan pemerintahan Dinasti Ming menjadi peristiwa penting dalam sejarah China.

Li Zicheng dilahirkan pada tahun 1606 dalam satu keluarga petani di Shaanxi, utara China. Li Zicheng mengikuti pengajian di sekolah semasa berusia 8 tahun. Akan tetapi, disebabkan keluarganya sangat miskin, pelajarannya di sekolah terpaksa diputuskan tidak lama selepas itu. Demi mencari rezeki, Li Zicheng dihantar oleh keluarganya ke kuil dan menjadi sami. Selain itu, beliau juga pernah menggembala kambing. Semasa berusia 20 tahun, Li Zicheng menjadi seorang posmen, tetapi upahnya sangat rendah dan tidak cukup belanja makanannya. Walaupun demikian, Li Zicheng yang sasa tubuh badannya mempunyai watak yang tabah dan kemahiran menunggang kuda, memanah dan main pedang, tambahan pula beliau sentiasa memberi bantuan kepada orang lain, maka beliau disanjung oleh para posmen.

Pada masa itu, tindakan kejam yang dilaksanakan oleh pemerintah Dinasti Ming terhadap rakyat jelata dan bencana alam yang berlaku semakin serius telah mengakibatkan kebanyakan rakyat jelata kehilangan rezeki dan ketidakpuasan rakyat jelata terhadap pemerintahan Dinasti Ming semakin menghebat. Pada tahun 1627, pemberontakan petani pertama berlaku di Shaanxi. Li Zicheng yang dianiayai oleh pegawai kerajaan juga memimpin para posmen membunuh pegawai kerajaan dan menganggotai pasukan tentera pemberontak petani.

Dalam peperangan pemberontakan, ada pasukan tentera pemberontak petani telah dibasmi oleh tentera kerajaan dan juga ada yang tumbuh membesar dengan pesat. Pasukan tentera pemberontak yang dipimpin oleh Li Zicheng menjadi semakin kuat, Li Zicheng digelar sebagai "Hulubalang Chuang".

Disebabkan Li Zicheng dan pasukan tentera pemberontak pimpinannya sangat terkenal pada masa itu, ramai orang awam malah pasukan tentera pemberontak yang lain telah menganggotai pasukan tenteranya. Anggota pasukan tenteranya berjumlah lebih 100 ribu orang, manakala Li Zicheng telah digelar sebagai "Raja Chuang". Sejumlah pujangga juga menganggotai pasukan tenteranya. Mereka yang berpadangan jauh telah membantu Li Zicheng menetapkan program tindakan iaitu menyediakan tanah kepada kaum petani, mengurangkan cukai pertanian, membunuh pegawai kerajaan yang kejam, tidak merampas harta rakyat dan tidak membunuh orang yang tidak bersalah. Selain itu, mereka membantu Li Zicheng telah menetapkan disiplin yang tegas. Dengan berbuat demikian, pasukan tentera pemberontak pimpinan Li Zicheng telah dialu-alukan dan mendapat sokongan rakyat dalam peperangan terhadap tentera kerajaan Dinasti Ming.

Selepas peperangan selama belasan tahun, anggota pasukan tentera pemberontak pimpinan Li Zicheng mencatat lebih sejuta orang. Pada Mac tahun 1644, pasukan tentera pimpinan Li Zicheng telah menyerbu masuk dan manawan bandar Beijing. Maharaja Dinasti Ming terpaksa membunuh diri. Li Zicheng telah memasuki Kota Larangan Beijing iaitu istana diraja Dinasti Ming dan telah menubuhkan pemerintahan Dashun.

Setelah mencapai kemenangan dalam peperangan untuk menggulingkan pemerintahan Dinasti Ming dan berjaya menubuhkan pemerintahannya sendiri, Li Zicheng mencontohi kelakuan autokratik dari maharaja dan dengan tergesa-gesa telah membunuh beberapa orang hulubalang tenteranya yang ternama.

Pada masa itu, pemerintahan yang ditubuhkan oleh etnik Manchu di timur laut China menjadi semakin kuat dan tenteranya sentiasa berniat untuk memerintah seluruh China. Tentera Dinasti Qing yang hendak memerintah seluruh China mesti menawan dahulu Laluan Shanhaiguan, satu-satunya laluan dari timur laut ke bahagian utara dan tengah China. Laluan Shanhaiguan dikawal oleh hulubalang tentera Dinasti Ming Wu Sangui. Disebabkan kelalaian Li Zicheng, anggota keluarga dan harta Wu Sangui di Beijing telah terjejas. Wu Sangui yang dimarahkan telah menyerah diri kepada tentera Dinasti Qing. Li Zicheng yang naik takhta hanya 42 hari terpaksa melarikan diri dari Beijing kerana dikalahkan oleh tentera Dinasti Qing.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn