Pau Wangi
CRI2018-03-29 15:59:35
Pau wangi merupakan sejenis barang kraftangan yang amat popular di kalangan rakyat China.
Katanya, mereka yang memakai pau wangi pada Pesta Perahu Naga akan jauh daripada hantu dan kemalangan.
Pau wangi bukan sahaja boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil, tetapi juga merupakan sejenis barang perhiasan yang cantik.
Pau wangi diisikan dengan daun argyi yang berfungsi menyingkirkan nyamuk dan bermanfaat bagi kesihatan manusia. Corak pau wangi berbagai-bagai termasuk Ruyi, Yuanbao, ketupat yang dikusutkan dengan benang berwarna-warni, pic, kelawar, limau dan lain-lain. Semuanya bermakna bernasib baik.