Baju "Baijiayi"
CRI2018-03-28 14:52:15
Baju "Baijiayi", sejenis pakaian kanak-kanak tradisional China, dianggap sebagai simbol harapan ibu bapa supaya anak-anak mereka dapat membesar dalam keadaan yang sihat.
"Baijia" bermakna beberapa ratus keluarga, dan "yi" bermakna pakaian.
Baju itu dibuat daripada kain-kain kecil yang dihadiahkan oleh beberapa ratus buah keluarga.
Teknik membuat baju ini agak rumit. Setiap helai kain yang lain warna, bentuk dan bahan, disusun secara kreatif, lalu dijahit menjadi baju yang bercorak dan berwarna-warni.
Tradisi memakai baju "Baijiayi", kini, masih popular di Shaanxi, Shanxi, Gansu, Henan, Hebei dan Shandong.