Bahasa Melayu

Pakaian Etnik Kazak

CRI2018-03-28 09:57:28
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Orang etnik Kazak kebanyakannya tinggal di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Provinsi Gansu dan Qinghai.

Pakaian etnik Kazak biasanya dibuat daripada kulit kambing, rubah, rusa dan serigala. Lelaki etnik Kazak suka memakai jubah dan seluar yang memudahkan menunggang kuda. Wanita etnik Kazak suka memakai gaun, dan hiasan kepala mereka agak istimewa. Gadis yang belum kahwin memakai topi yang dihiaskan dengan bunga yang disulam dengan benang berwarna keemas-emasan. Di atas topi ini juga dihiaskan dengan bulu burung hantu yang menandakan keberanian. Setelah berkahwin, mereka akan memakai sejenis topi yang agak tinggi, dan setahun selepas itu, topi ini ditukar lagi menjadi tudung yang berwarna warni. Bagaimanapun, tudung kepala mereka yang belum beranak dan yang sudah beranak serta warga emas pula agak berbeza.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn