Pakaian Etnik Dongxiang
Orang etnik Dongxiang kebanyakannya tinggal di Kaunti Autonomi Etnik Dongxiang di Provinsi Gansu.
Lelaki etnik Dongxiang biasanya memakai jubah yang agak longgar dan mengikat tali pinggang yang lebar. Pisau, dompet, kotak tembakau sedutan dan kaca mata digantung pada tali pinggang itu. Mereka juga memakai topi yang berwarna putih atau hitam. Wanita etnik Dongxiang suka memakai weskot di luar baju mereka. Kanak-kanak perempuan memakai topi yang berwarna biru atau hijau yang dihias dengan bunga merah dan manik-manik. Gadis yang belum berkahwin memakai tudung yang dibuat daripada sutera yang berwarna hijau, sedangkan mereka yang berkahwin, menukar tudung yang berwarna hitam dan warga emas memakai tudung yang berwarna putih.