Pengalaman Pimpin Kita ke Mercu Kejayaan
Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda satu cerita peribahasa China yang amat drakmatik, iaitu “Lao Ma Shi Tu”. “Lao Ma” merujuk kepada kuda yang berusia tua. “Shi” bererti mengenal atau mengetahui. “Tu” dalam bahasa Mandarin kuno bermaksud “jalan”, dan ia turut merujuk kepada jalan-jalan yang telah ditempuhi oleh kuda tua itu.
Peribahasa “Lao Ma Shi Tu” adalah salah satu cerita yang dipetik dari buku pilihan “Han Feizi·Shuo Lin Shang” hasil karya Han Feizi (pada 281 Sebelum Masihi hingga 233 Sebelum Masihi), seorang ahli falsafah Legalisme (Fajia) terkenal pada zaman Dinasti Qin (pada 221 Sebelum Masihi hingga 207 Sebelum Masihi).
Dalam masyarakat China zaman moden ini, “Lao Ma Shi Tu” biasanya mengibaratkan veteran mengajar generasi muda mengenai kehidupan termasuklah mencari pekerjaan. Manakala, golongan muda perlulah sentiasa meminta nasihat daripada golongan yang lebih arif dan menunjukkan rasa hormat terhadap mereka.