Bahasa Melayu

Impian Bermula dari Angan-angan

CRI2018-03-30 16:06:09
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Peribahasa "Hua Bing Chong Ji", atau melukis kuih lempeng untuk melegakan rasa lapar, membawa pengertian sama dengan "Wang Mei Zhi Ke” yang pernah kita kongsi dalam rancangan sebelum ini, iaitu menyenangkan hati sendiri dengan angan-angan yang bukan-bukan.

Apabila menyebut angan-angan, yang terlintas dalam fikiran pastinya sesuatu khayalan yang mustahil direalisasikan, malah mungkin membawa celaka, seperti nasib Mat Jenin.

Namun, ramai yang beranggapan bahawa angan-angan tidak semestinya negatif dan mengundang kegagalan.

Impian wujud bermula daripada angan-angan yang kemudiannya bertukar menjadi cita-cita. Dengan disusuli tindakan serta kerja keras tanpa mengenal penat lelah dan iltizam tinggi, angan-angan boleh direalisasikan menjadi kenyataan.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn