Bahasa Melayu

Antara Malas dan Rajin Berfikir

CRI2018-03-29 15:09:56
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Apabila masih di bangku sekolah, guru sering mengatakan bahawa tiada orang yang bodoh di dunia ini, yang ada hanya orang yang malas berfikir dan enggan belajar untuk mendapatkan suatu hasil.

Ketika masih kecil, memang sukar untuk memahami kata-kata guru itu. Namun makin besar makin saya mengetahui siratannya: sifat malas berfikir akan mengekang potensi kita untuk terus maju jaya. Kejayaan memihak kepada mereka yang rajin dan lincah berfikir.

Dalam perjalanan mencari kematangan, banyak dugaan dan cabaran ditempuhi. Tatkala mahu luntur semangat, kata-kata guru itu sering melintasi fikiran, memberi galakan dan dorongan kepada saya.

Peribahasa China "Hu Lun Tun Zao" atau "Menelan Buah Kurma Bulat-Bulat” justeru digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang malas berfikir ketika belajar. Mereka sudah biasa menerima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan tanpa mencernanya, atau hanya belajar dengan cara menghafal tanpa memahaminya. Cara belajar ini sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan kepada mereka.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn