Menunjuk Pandai Menggunakan Kapak di Depan Lu Ban
Sifat menunjuk nunjuk kepandaian diri di depan orang yang lebih arif adalah sikap yang patut dijauhi. Ini kerana kemungkinan orang yang kita ajar itu memang dikenali dengan kebijaksanaanya. Seperti contoh, bila kita mengajar cara memandu kereta kepada orang yang sudah pandai membawa kereta hanya akan ditertawakan oleh orang lain.
Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan sifat rendah diri dalam melakukan apa jua pekerjaan. Ini membolehkan kita pelajari benda yang baru serta menitik beratkan hal yang berlaku di sekeliling kita.