Shang Xing Xia Xiao
Dalam program kali ini, kita akan membincangkan satu fenomina yang sering kali dijumpa, khususnya di masyarakat orang Cina, iaitu ibubapa suka membawa anaknya menyertai kursus tambahan pada masa lapang seperti kursus penulisan, matematik, muzik, melukis, menyanyi, menari dan sebagainya.
Sebenarnya, kepelbagaian jenis kursus tersebut bukan sahaja meletihkan ibubapa, tetapi juga merupakan beban kepada golongan anak-anak. Kenapa ibubapa masih begitu asyik untuk membawa anak-anak menyertai berbagai-bagai kursus tambahan? Kerana mereka tidak mahu anak- anak mereka ketinggalan dalam pelajaran.
Terdapat pelbagai alasan kenapa ibu bapa sanggup membuat keputusan sebegitu, ibu bapa di Cina menganggap kursus tambahan mampu memberi kelebihan terhadap anak- anak mereka berbanding dengan ibu bapa serta guru di sekolah.
Apakah konsep itu betul? Pada hakikatnya, sistem pendidikan wajib di China sudah mencukupi terhadap anak anak kini, cukuplah bagi seseorang pelajar mempelajari ilmu pengetahuan di sekolah.
Ibu bapa yang mahu anak- anak mereka mengungguli dan menjadi kompetitif adalah tidak salah, tetapi mereka lupa yang ibu bapa adalah guru terbaik bagi anak-anak mereka.