Bahasa Melayu

Muzik Guangdong

CRI2018-03-05 15:43:31
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Muzik Guangdong mula popular di kawasan Delta Sungai Mutiara dibahagian selatan China pada awal abad ke-20. Pada peringkat awal, muzik Guangdong dimainkan sebagai iringan muzik dalam Opera Yue China iaitu opera tempatan provinsi Guangdong. Kemudian, secara beransur-ansur muzik Gunagdong telah menjadi popular bukan sahaja di seluruh China bahkan juga sangat diminati oleh para perantau China di seberang laut.

Pada dahulunya, muzik Guangdong terutamanya dimainkan dengan Er Xian, Ti Qin, San Xian, Yue Qin, Seruling, Pi Pa dan Yang Qin. Sejak tahun 1920-an, Gao Hu menjadi alat muzik utama dalam persembahan muzik Guangdong. Selain itu, Yang Qin, Qin Qin, Dong Xiao, Da Ruan dan Zhonghu kini juga sering dimainkan dalam muzik Guangdong.

Pada tahun 1920-an hingga tahun 1930-an, muzik Guangdong berkembang pesat dan ketika itu muncul ramai pencipta dan pemain muzik yang terkenal. Mereka telah membaiki karya tradisional dan alat muzik Guangdong dan juga mencipta banyak karya yang baik pada zaman tersebut.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn