Bahasa Melayu

Kalendar "24 Musim": Permulaan Musim Bunga

CRI2018-03-07 13:19:33
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

spring roll

“roti musim bunga (chun bing)”

Semasa ketibaan hari "Permulaan Musim Bunga", rakyat China juga mempunyai kebiasaan memakan "roti musim bunga" (chun bing), lobak dan rempah-rempah yang terdiri daripada bawang, halia, bawang putih dan lain-lain. Selain itu, orang China juga mempunyai tradisi iaitu memakan roti gulung goreng yang berinti. Sempena hari "Permulaan Musim Bunga", roti gulung goreng yang berinti itu boleh dibeli di mana-mana termasuk di tepi jalan. Di sesetengah tempat yang lain, penduduk tempatan juga mempunyai kebiasaan memasak sayur yang segar-segar untuk dimakan pada hari "Permulaan Musim Bunga". Katanya, memakan masakan sayur boleh mengelakkan daripada menghidap penyakit.

Terdapat satu peribahasa China berbunyi: "kerja sepanjang tahun bergantung kepada permulaan yang baik pada musim bunga". Ketibaan hari "Permulaan Musim Bunga" bukan sahaja mengingatkan kaum tani tentang bermulanya pekerjaan di ladang, tetapi juga mengingatkan semua orang bahawa ini menandakan permulaan bagi tahun yang baru. Orang China semuanya akan diajarkan peribahasa itu sejak kecil, supaya mereka dapat membuat perancangan bagi pemelajaran dan kehidupan pada setiap permulaan tahun.

首页上一页12 2

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn