Bahasa Melayu

Layang-layang

CRI2018-03-20 13:18:42
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Layang-layang, mainan kalangan rakyat China, bukan sahaja merupakan sejenis kraf tangan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, malah merupakan sejenis alat olahraga.

Tempat-tempat yang terkenal dengan pembuatan layang-layang, antaranya termasuklah Beijing, Tianjin di utara, serta Weifang, Shandong di timur. Layang-layang yang dihasilkan oleh ketiga-tiga tempat tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Layang-layang Weifang Shandong mempunyai sejarah yang seumur dengan seni lukisan Tahun Baharu China. Ia terkenal dengan reka bentuk yang cantik, teknik pembuatan yang halus dan warna yang cerah.

Layang-layang Beijing dikatakan sudah bersejarah lebih 300 tahun. Layang-layang Shayan merupakan sejenis layang-layang yang paling tipikal daripada layang-layang Beijing.

Layang-layang ini berbentuk burung layang-layang yang pada sayapnya dilukis gambar kelawar, kerana sebutan kelawar dalam bahasa Mandarin ialah "bianfu", dan "fu" itu bermakna bertuah dan bahagia.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn