Membuat arca dengan tepung gandum merupakan seni tradisional di China. Tepung gandum yang berwarna, seolah-olah mendapat sentuhan ajaib menjadi arca yang tampak hidup.
Juan Ren ialah sejenis arca yang dibuat dengan sutera. Pada tahun 1973, ahli arkeologi telah menemui patung yang memakai pakaian yang dibuat pada zaman Dinasti Tang, iaitu tahun 633 di Xinjiang. Ini diiktiraf sebagai asal kraf tangan Juan Ren yang ada sekarang ini.
Rokok hidu merupakan sejenis rokok yang dibuat daripada tembakau, tetapi dihidu melalui hidung. Rokok ini sangat popular di negara-negara Barat pada suatu masa dahulu.
"Monyet berbulu" bukanlah sejenis monyet, tetapi hanyalah sejenis hasil kraf tangan tradisi Beijing. Ia dibuat dengan bahan ubat tradisi China. Kononnya, pada zaman pentadbiran Maharaja Tongzhi (1856~1875 ) Dinasti Qing, di Beijing ada sebuah kedai ubat yang bernama "Nan Qing Ren Tang". Pada suatu hari, seorang pembantu di kedai itu telah dimarahi oleh ketuanya dengan cara yang sangat kasar.
Kraf tangan ukiran cat biasanya berwarna merah. Ukiran cat ini berasal daripada pinggan berlapisan cat yang digunakan dalam istana pada zaman Dinasti Tang (618-976M). Biasanya tembaga digunakan sebagai asasnya dan diberi ratusan lapisan cat, dan kemudian, gambar dilukis dan diukir di lapisan cat tersebut.
Ukiran gading dari Beijing mempunyai sejarah lebih daripada 3000 tahun. Menurut catatan sejarah, sejak tahun 938 Masehi, beberapa Maharaja di China memilih Beijing sebagai ibu negara mereka. Ketika itu, gading merupakan barang persembahan istimewa yang dipersembahkan kepada keluarga diraja.
Sulaman Beijing juga dikenali sebagai sulaman istana. Ia menjadi sangat terkenal pada zaman Dinasti Ming dan Qing (1368-1912), dan terutamanya digunakan sebagai hiasan pada pakaian diraja. Oleh itu, sulaman Beijing biasanya menggunakan bahan yang paling baik dan tekniknya pun agak tinggi.
Patung gula mula muncul pada zaman Dinasti Song (960-1279 M). Tukang patung gula biasanya menjual patung gula dengan mengandar peralatannya yang tergantung dapur kecil, gula dan alat-alat yang lain.
Seni lukisan gula, iaitu lukisan yang menggunakan gula yang dimasak ini, berasal dari Provinsi Sichuan. Alat-alat yang digunakan oleh tukang lukisan gula ialah satu senduk, sebatang penyodok, sekeping papan batu dan bilah buluh. Tukang akan memanaskan gula hingga menjadi cecair yang likat.
Thang-ga merupakan sejenis seni lukisan yang sangat khusus cirinya dalam budaya etnik Tibet. Lukisan ini mempunyai tema sejarah, politik, budaya dan kehidupan etnik Tibet. Biasanya, Thang-ga dilukis pada kain atau kertas, lalu dilekap pada kain sutera.
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.