Patung tanah liat Fengxiang, Provinsi Shaanxi mempunyai sejarah kira-kira 3,000 tahun. Patung ini terkenal dengan gaya unik dan seni rupa dengan citra yang gagah dan indah dengan warnanya cerah dan garisnya yang kasar.
Kampung Yutian di Provinsi Hebei, bahagian utara China, terkenal dengan pembuatan patung tanah liat. Teknik membuat patung ini mula diperkenalkan sejak Dinasti Qing, dan diwarisi dari generasi ke generasi hingga ke hari ini.
Bandar Huaiyang di Provinsi Henan, bahagian tengah China, lebih dikenali umum dengan riwayat Dewi Nuwa mencipta manusia dengan tanah.
Selendang, sejenis pakaian hiasan yang berkembang pada era Dinasti Sui (581-618 Masihi), dipakai di atas bahu dengan mengelilingi leher.
Kasut bersulam dalam gambar ini merupakan kasut bersulam yang dibuat oleh wanita etnik Yi di Provinsi Yunnan. Bentuknya sangat cantik seperti dua perahu. Kasut itu disulam dengan bunga-bungaan yang berwarna merah, kuning, biru dan dengan simbol yang lain.
Modou merupakan peralatan tukang kayu tradisional China. Ia biasanya digunakan untuk membuat garis lurus yang panjang. Pada bahagian belakang alat ini terdapat sebuah roda untuk menggulung benang, dan di bahagian hadapan terdapat satu penampung dakwat yang di dalamnya diisi kapas atau span.
Hiasan di atap rumah merupakan komponen penting bangunan rumah rakyat China. Selepas zaman Dinasti Han iaitu pada tahun 206 sebelum Masihi hingga tahun 220 Masihi, ukiran batu bata berbentuk ikan ditempatkan pada bumbung atap rumah oleh rakyat China.
Katil sudah bersejarah lama di China. Katil yang bersejarah paling lama yang ditemui di China ialah katil kayu dicat yang dibuat pada zaman Negeri-negeri Berperang, iaitu pada abad ke-5 hingga abad ke-3 sebelum Masihi.
Sejak zaman Dinasti Ming dan Qing, iaitu pada abad ke-14 hingga abad ke-19, semakin banyak acuan kuih digunakan di kalang rakyat China. Antaranya yang paling popular ialah acuan kuih bulan yang mengeluarkan kuih bulan pada Pesta Kuih Bulan tradisional China.
Dompet atau dipanggil "hebao" dalam bahasa Mandarin, merupakan sejenis hiasan untuk mengisi barang-barang kecil.
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.