Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Kraf Tangan > Kandungan

Sutera

2014-11-15 13:50:33

Sutera

Kain sutera disukai ramai kerana ia ringan, lembut, halus, berwarna-warni dan selesa dipakai. Sutera juga melambangkan gaya dan kemuliaan.

Sutera adalah sejenis benang yang lembut dan halus yang didapati daripada sejenis ulat. Kain sutera ialah kain atau cita yang dibuat daripada benang sutera. Menurut kajian purba, China merupakan negara terawal yang menemui dan menggunakan sutera. Teknik penghasilan sutera muncul di China pada 5,500 tahun yang lalu, manakala sejarah pemeliharaan ulat sutera boleh disusuri pada abad ke-3 Sebelum Masihi.

Kain sutera China mula dieksport ke luar negara sejak Dinasti Han (206-220 Sebelum Masihi) dan terkenal di dunia. Pada masa itu, laluan dari China ke negara Barat dipanggil sebagai Jalan Sutera. Jalan ini bermula dari bandar Xi'an, melalui Gansu, Xinjiang menuju ke arah barat, melalui Asia Tengah dan Asia Barat, dan akhirnya sampai ke Eropah. Kain sutera dan teknik menenun sutera tersebar ke negara luar melalui Jalan Sutera ini. Sutera China mendapat penilaian tinggi pada zaman Rom purba.

China kekal merupakan negara pengeluar dan pengeksport sutera terbesar di dunia. Jumlah pengeluaran sutera di China lebih 70% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran di dunia. Pada masa ini, sutera China tetap terkenal di dunia kerana mutunya yang tinggi.

Pada beberapa ribu tahun lalu, ketika penyebaran sutera China ke Eropah melalui Jalan Sutera, bukan sahaja pakaian dan hiasan yang cantik yang dibawa tetapi juga tamadun purba Timur. Bermula masa itu, sutera menjadi simbol tamadun Timur. Produk tekstil sutera terawal ditemui di tapak pengebumian tinggalan sejarah, Kebudayaan Liangzhu pada 4,700 tahun lalu.

Panduan mengenai sutera:

1. Cara mencuci: kain sutera perlu dicuci menggunakan pencuci berasid atau pencuci khas. Kain sutera perlu dicuci menggunakan tangan dalam air bersuhu di bawah 30. Kain sutera hendaklah dikering di tempat terlindung dan elakkan daripada sinar matahari supaya tidak luntur.


2. Cara membezakan sutara tulen dan palsu: kain sutera tulen biasanya berseri-seri umpama mutiara, lembut halus dan tidak menyilaukan mata. Sutera tulen juga terasa halus dan selesa ketika dipakai. Kalau dibakar, sutera tulen berbau bulu terbakar, abunya berwarna hitam dan berderai jika digentel. Sutera palsu berbau menusuk hidung kalau dibakar. 

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin