Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Kraf Tangan > Kandungan

Wayang Kulit

2014-11-15 13:29:52

Wayang Kulit

Wayang kulit merupakan pementasan bayang patung yang dibuat daripada belulang. Terdapat pelbagai jenis wayang kulit, bergantung kepada tempat asal wayang kulit tersebut. Menurut catatan sejarah bertulis, wayang kulit berasal dari China, iaitu pada zaman Dinasti Han.

Wayang kulit juga merupakan seni tradisional di Asia Tenggara, iaitu di wilayah Pulau Jawa, Indonesia, di Phattalung, wilayah selatan Thailand, dan di sebelah timur dan utara Semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.

Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang kulit itu, dengan diiringi muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.

Di China, wayang kulit merupakan sejenis kesenian rakyat yang terdapat di Longdong, provinsi Gansu, barat laut China terutamanya di kaunti-kaunti antara Pingliang dan Qingyang serta kawasan tiga segi sebelah timurnya Shaanxi dan Ningxia, China.     Wayang kulit Longdong yang bermula kira-kira pada Dinasti Qing (abad ke-14 hingga ke-19) sangat popular. Reka bentuk patung wayang kulit Longdong sangat cantik, dengan garis besarnya ringkas dan pahatannya bagus.

Patung wayang kulit Longdong dibuat daripada kulit hitam lembu jantan yang muda. Kulit jenis ini berkualiti dan telus. Hanya apabila kulit lembu itu dibersihkan dan dikeringkan sampai kelihatan telus baru boleh dibuat patung wayang kulit. Terlebih dahulu lakaran dibuat pada kulit lembu, kemudian barulah diukir dan diwarnakan. Patung wayang kulit itu perlu diseterika setelah diukir dan diwarnakan, iaitu proses utama pembuatan patung wayang kulit. Patung wayang kulit dicantumkan, sebelum patung wayang kulit yang baru dibuat itu keringkan sekali lagi dan seterusnya boleh dimainkan dalam persembahan.

Dua buah karya dalam gambar tersebut, yang di sebelah kiri ialah patung wayang kulit Yuhuang Dadi dan yang di sebelah kanannya pula patung wayang kulit Lao-tzu. Patung wayang kulit tersebut dibuat dengan sangat teliti dan diwarnakan merah, kuning, hitam dan hijau. Patung wayang kulit Yuhuang Dadi merupakan pahatan timbul, manakala patung wayang kulit Lao-tzu merupakan pahatan benam.

Wayang kulit amat mementingkan kesan persembahan, kerana pelbagai bahagian watak wayang kulit itu boleh digerakkan dan dengan iringan irama muzik dapat menggambarkan adat resam rakyat tempatan.

Terdapat banyak wayang kulit Longdong. Gambar yang disebut di atas itu adalah kisah daripada cerita Dinasti Sui dan Tang China. Watak patung wayang kulit dan alatnya dibuat halus dan persembahan itu sangat mempesonakan. Reka bentuk wayang kulit dihiasi dengan baik, bahagian komponen patung wayang kulit dicantumkan secara wajar, sehingga persembahannya sangat lancar dan dapat memperlihatkan sepenuhnya kesenian yang unik.

Persembahan wayang kulit Provinsi Shaanxi, bahagian barat laut China masih mengekalkan ciri-ciri bercerita dalam kalangan rakyat. Ia merupakan asal-usul pelbagai opera tempatan Shaanxi pada zaman moden China.

Reka bentuk patung wayang kulit Shaanxi dibuat sederhana, namun pada masa yang sama kelihatan seni kraftangan yang halus. Garis bentuk rekaan watak patung wayang kulit Shaanxi adalah halus dan cantik. Pelbagai bahagian watak, alat dan latar belakang wayang kulit diwarnakan dengan pola yang tidak sama dan kesan keseluruhannya adalah rumit, tapi tidak rancu. Setiap watak patung wayang kulit itu kelihatan hidup dan membentuk kesenian yang unik.

Watak utama dari gambar tersebut di atas itu amat. Patung wayang kulit itu baik dari warna dan reka bentuk ataupun dari garis bentuk dan seni kraftangannya sangat halus.

Teknik buatan wayang kulit di provinsi Shanxi, bahagian utara China adalah sangat tinggi. Gaya seni dan cara pembuatannya hampir sama dengan patung wayang kulit provinsi Shaanxi China. Pola patung-patung wayang kulit bukan diukir, melainkan dilukis dengan warna merah tua, hijau tua dan kuning muda. Wayang kulit di bahagian selatan Shanxi biasanya menampilkan pelbagai watak tradisional yang melambangkan nasib baik, antaranya bahagia, kaya dan panjang umur, lima anak mencapai kemenangan, jamuan panjang usia, Qilin (sejenis haiwan dalam dongeng) menghantar anak, kelahiran anak dan lain-lain.


Gambar “Han Yan Bersikat Rambut” mengekspresikan gadis menggunakan cermin bersikat rambut. Tukang wayang kulit bijak mempersembahkan watak dalam cermin dengan watak di luar cermin semasa gadis bersikat rambut. Apabila dipersembahkan, gerak-geri kedua-dua watak tersebut segerak dengan baik. Patung wayang kulit gaya Shanxi selatan China dibuat dengan halus dan warna yang cantik. Pola pakaian gadis, meja, bangku dan lain-lain diukir dengan halus dan cantik sekali.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin