Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Tips Melawat Chimelong Ocean Kingdom

2017-05-04 16:30:20
Chimelong Ocean Kingdom terletak di bandar Zhuhai, provinsi Guangdong, selatan China. 

Pelancong boleh melihat pelbagai hidupan laut, menonton persembahan menarik dan mencuba pelbagai permainan dan hiburan yang berprestij di dunia.  

Taman tersebut sesuai untuk seisi keluarga, dikunjungi bersama-sama dengan pasangan atau lawatan secara solo.
 
Terdapat beberapa tips jika hendak melawat ke Chimelong Ocean Kingdom. 

Oleh sebab taman tersebut agak besar, ada kalanya masa tidak mencukupi. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memilih beberapa destinasi mengikut kesukaan anda. 

Editor kami telah menyenaraikan beberapa destinasi menarik berdasarkan pengalaman mereka.  

Tiga persembahan menarik: Persembahan ikan paus putih, persembahan ikan lumba-lumba dan persembahan singa laut.

Galeri: ikan paus dan ikan yu, ikan paus putih, manati, beruang kutub dan penguin.


Tips Melawat Chimelong Ocean Kingdom

Pengangkutan:

Jika mahu mengunjungi taman itu dengan bas, anda boleh menaiki bas yang bernombor K10.  Bas terakhir adalah pada pukul 8.30 malam. 

Pertunjukan bunga api diadakan pada pukul 8.00 malam setiap hari. Pelancong boleh menonton persembahan itu sebelum menaiki bas terakhir. 

Waktu Lawatan:
Pelawat memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam untuk mencuba semua permainan dan hiburan. 

Jika melawat ke taman itu pada hari cuti umum, anda mungkin perlu berbaris lebih lama.

Tiket:
Harga tiket ialah RMB350 (RM220) jika dibeli terus di kaunter tiket. Selain itu, tiket juga boleh dibeli secara dalam talian pada harga RMB325 (RM204). 

Pakaian:
Pelancong digalakkan memakai pakaian dan kasut sukan jika ingin menaiki roller-coaster.
Anda boleh membawa satu beg kecil untuk menyimpan wang, telefon bimbit dan air. Bayaran untuk menyimpan beg dalam taman itu ialah RMB30 (RM18.87).
 
 
 
 

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin