Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Panduan Melancong ke Tibet

2017-04-07 17:45:09

Tibet, China yang terletak pada ketinggian 4,000 meter dari paras laut, digelar “Bumbung Dunia”. Kini, terdapat banyak pilihan pengangkutan untuk pergi ke Tibet termasuk lebuh raya, kereta api dan kapal terbang. Yang paling cepat hanya memerlukan beberapa jam sahaja untuk sampai di Tibet atau di kaki Gunung Qomolangma. 

Tibet mempunyai tujuh buah daerah dan bandar, antaranya enam yang mempunyai lapangan terbang sendiri. Selain lebuh raya Qinghai-Tibet, empat lebuh raya lain juga menjadi pilihan alternatif untuk para pelancong yang ingin melawat ke Tibet dengan memandu kereta.

Selain itu, menaiki kereta api juga merupakan pilihan yang baik untuk berkunjung ke Tibet. Kereta api Qinghai-Tibet menjanjikan perkhidmatan yang selesa untuk pelancong.

  1.      Kaca tingkap besar kalis sinar ultralembayung (UV) di gerabak kereta api membolehkan penumpang menikmati landskap dataran tinggi yang indah di luar, sambil mengelakkan kulit terdedah terus kepada sinar berkenaan.

  2.      Kereta api dilengkapi dengan kemudahan oksigen. Penumpang dapat menghirup oksigen yang secukupnya pada bila-bila masa bagi mencegah penyakit altitud.

  3.      Gerbong tertutup rapat. Oleh itu, penumpang tidak perlu bimbang akan cuaca buruk di dataran tinggi seperti angin kencang, hujan dan salji lebat.

  4.      Hiasan di dalam dan luar gerabak kereta api bergaya etnik Tibet, dan semua papan tanda penunjuk menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Tibet, Mandarin dan Inggeris.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin