Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Tips Memakai Pakaian ketika Melancong di Beijing pada Musim Bunga

2017-03-17 10:52:02

Tips Memakai Pakaian ketika Melancong di Beijing pada Musim Bunga

Musim bunga merupakan masa yang amat bagus untuk melawat ke bandar Beijing. 

Walaupun suhu  mula naik, namun pelancong masih perlu menyiapkan pakaian yang sederhana tebal jika melawat ke Beijing pada musim bunga, khususnya pada awal bulan Mac. 

Hal tersebut kerana cuaca di Beijing adakalanya sejuk, khususnya pada waktu malam.

Menurut statistik, suhu udara di Beijing pada bulan Mac dan Mei adalah antara 5 hingga 24 darjah Celsius. 

Terdapat perbezaan yang ketara antara suhu siang dengan malam, iaitu melebihi 10 darjah Celsius. 

Terdapat satu ungkapan China yang berbunyi, cuaca pada musim bunga seumpama perasaan bayi yang sering berubah-ubah. 

Oleh itu, pelancong dicadangkan menyiapkan pakaian yang sederhana tebal dan juga nipis agar selaras dengan keadaan cuaca semasa.

Terdapat satu lagi ungkapan China, iaitu lebih baik memakai pakaian yang tebal sedikit pada musim bunga dan memakai pakaian yang nipis pada musim luruh. 

Ungkapan tersebut adalah berdasarkan pengalaman orang China dalam memilih pakaian yang sesuai untuk kedua-dua musim bagi menjaga kesihatan.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin