Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Sesuai Pakai Kasut, But atau Selipar Semasa Mengembara?

2017-03-06 10:35:16

Perasan atau tidak, jika seseorang itu mengembara, pasti akan memilih kasut atau selipar yang sesuai untuk digunakan nanti. Setiap satunya bukan sahaja melindungi kaki, malah turut memberikan keselesaan ketika meneroka tempat-tempat yang dijejaki. Jadi, memilih dan menentukan pelindung kaki yang sesuai ketika mengembara amat digalakkan agar fungsi sebenarnya dapat dioptimumkan.

1. Kasut
Jika anda jenis yang suka mengembara di bandar, kasut seperti “trainer” dan “loafer” adalah pilihan yang tepat.

Kasut jenis itu mudah, cepat, ringan dan selesa ketika dikenakan pada kaki. Namun, kasut tersebut tidak praktikal apabila hari hujan atau berada di kawasan berair seperti sungai, laut mahupun tasik.

Kecenderungan untuk basah adalah tinggi, sekali gus menyebabkan kaki merasa tidak selesa.

2. But
But lazimnya diperbuat daripada kulit, mempunyai tapak yang tebal dan berat. But boleh disifatkan sebagai pelindung kaki terbaik ketika mengembara.

Selain mengelak daripada dimasuki air, but juga melindungi kaki daripada objek-objek tajam seperti paku, kaca dan besi.

Namun, tidak ramai yang memilih untuk memakai but kerana berat dan memenatkan kaki untuk melangkah lebih jauh.

Di samping itu, membawa but juga menyebabkan berat bagasi anda bertambah.

3. Selipar
Selipar dilihat sebagai pelindung kaki yang praktikal ketika mengembara. Selipar ringan, cepat, mudah dan selesa ketika dipakai. Namun, tidak praktikal memakai selipar ketika hari hujan. Selipar boleh menyebabkan anda tergelincir dan merasa tidak selesa.

Selain itu, pelindung kaki ini juga boleh menyebabkan kaki anda berasa sakit jika berjalan terlalu jauh atau lama. Walau bagaimanapun, selipar seharusnya ada bersama setiap pengembara kerana mudah dibawa.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin