Xiamen merupakan sebuah bandar yang dipenuhi dengan cerita.
Bandar itu moden, namun kaya dengan budaya tradisional; bandar itu agak komersial, namun penduduknya jujur dan baik hati.
Bandar itu menarik perhatian ramai pelancong dari dalam dan luar negara pada setiap tahun dan merupakan destinasi pelancongan yang boleh dikunjungi berkali-kali.
Terdapat lima destinasi pelancongan yang menarik di bandar Xiamen.
Sekiranya anda mempunyai cuti selama seminggu, cubalah mengunjungi kelima-lima destinasi pelancongan berikut. 1. Gulangyu Pulau Gulangyu terkenal dengan bangunannya. Jika ingin menetap di pulau itu, terdapat banyak pilihan tempat penginapan yang dimiliki penduduk tempatan. Berbanding dengan hotel, tempat penginapan penduduk tempatan mempunyai ciri-ciri istimewa. 2. Jalan Zhongshan Jalan Zhongshan merupakan jalan komersial yang paling lama di bandar Xiamen.
Selain terdapat pelbagai pusat beli-belah, terdapat juga kedai makan di kedua-dua belah jalan tersebut. Jalan itu sangat sesuai dikunjungi orang yang suka membeli-belah.
3. Universiti Xiamen Kampus Universiti Xiamen digelar “kampus tercantik” di China. Kampus yang bersejarah, mahasiswa yang bersemangat dan pemandangan yang indah permai menjadikan universiti itu satu destinasi pelancongan di Xiamen.
4. Zengcuo'an Zengcuo'an merupakan satu perkampungan nelayan pada zaman dahulu. Kini, Zengcuoan masih mengekalkan tradisi dan bentuk asalnya. Sekiranya anda ingin menikmati makanan tradisional Xiamen, Zengcuo'an adalah satu pilihan yang tepat.
5. Huangcuo Huangcuo mempunyai pemandangan pantai semula jadi yang memukau. Berbanding dengan pulau Gulangyu, pelancong yang bersiar-siar di pelabuhan Huangcuo tidak begitu ramai. Pemandangan indah dan suasana yang agak sunyi menjadi kesukaan kebanyakan pasangan.
|