Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Mahu Elak “Jet Lag”?

2017-02-13 13:25:36

Zaman serba maju dan berteknologi kini pasti semua orang, terutamanya dalam kalangan kaki melancong, pasti pernah mendengar terma "jet lag" atau gangguan ritma harian. Bagi yang tidak tahu, "jet lag" adalah gangguan sementara kepada biologi normal tubuh yang disebabkan oleh perjalanan jarak jauh yang melepasi beberapa zon masa. Antara kesan daripada simptom "jet lag" termasuklah keletihan, imsonia (keadaan tidak dapat tidur atau sukar untuk tidur) dan sedikit kekeliruan pada sistem tubuh. 

Anda sebenarnya boleh mengurangkan kesan "jet lag" dengan beberapa tip yang berikut.

1. Sesuaikan waktu dalaman dengan destinasi anda beberapa hari sebelum berangkat. Misalnya, mempercepat waktu tidur dan bangun tidur. Jika jangkaan waktu tiba di destinasi adalah waktu pagi, cubalah untuk tidur di dalam pesawat. Dengan itu, anda akan kurang berasa mengantuk ketika tiba di sana dan dapat menyesuaikan diri dengan perlahan-lahan di tempat yang anda kunjungi itu.

2. Elakkan diri daripada mengambil kafein secara berlebihan kerana akan menyebabkan dehidrasi. Banyakkan mengambil air kosong dan alas perut dengan makanan ringan untuk memberikan tenaga.

3. Sebaik-baik naik pesawat, sesuaikan waktu pada jam tangan atau mana-mana gajet yang dibawa supaya sepadan dengan zon masa destinasi anda. Hal tersebut akan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri dengan perubahan waktu.

4. Apabila tiba di destinasi, pasti anda akan berasa seperti mahu tidur sebentar. Jangan buat begitu. Sebaliknya, cuba untuk terus berjaga sehinggalah tiba waktu yang sesuai untuk tidur seperti pada pukul 10 malam ke atas.

5. Pilih penerbangan malam. Dengan mengambil penerbangan malam, anda boleh tidur di sepanjang perjalanan anda dan tidak akan mudah berasa bosan, malah waktu penerbangan akan terasa sekejap sahaja.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin