1. Teliti Rancangan
Buat rancangan secara teliti mengenai masa, laluan perjalanan dan hotel terlebih dahulu, selain menyediakan peta dan buku panduan serta jadual perjalanan dan barang-barang keperluan yang penting (pakaian dan kelengkapan dandanan diri).
2. Bawa Kit Pertolongan Cemas
Kit pertolongan cemas perlu dibawa sebagai persediaan bagi menghadapi keadaan di luar jangka semasa bercuti, ibarat sediakan payung sebelum hujan.
3. Berikan Fokus pada Keselamatan
Ada kalanya, anda mungkin akan melalui beberapa destinasi pelancongan yang agak berbahaya, seperti hutan belantara, curam, gua, dan sebagainya. Seelok-eloknya, tempat-tempat seperti itu dikunjungi dengan rakan-rakan. Anda tidak digalakkan pergi seorang diri.
4. Sopan Santun
Layanilah orang lain dengan sopan santun, walau di mana pun anda berada, di samping menghormati budaya tempatan.
5. Pelihara Tinggalan Sejarah
Pelancong harus sentiasa memelihara tinggalan sejarah dan alam sekitar, selain tidak boleh menconteng sesuka hati di tempat bersejarah tersebut.
6. Hormati Adat Resam Tempatan
Seperti kata pepatah,"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung".
Ketika melawat ke kawasan kediaman etnik minoriti, hormatilah adat resam dan pantang larang mereka. Jangan mengabaikan tradisi atau melukakan perasaan mereka.
7. Jaga Kebersihan
Walaupun menikmati makanan terkenal tempatan adalah antara perkara penting semasa melancong, namun kebersihan makanan harus sentiasa dititiberatkan.
8. Hati-hati dengan Penipuan
Berhati-hati ketika berkenalan dengan seseorang secara kebetulan. Jangan mudah mempercayai mereka. Jauhkan diri bagi mengelak daripada kerugian harta benda.