Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Pastikan Lapan Peralatan Ini Ada dalam Kereta Kalau Hendak Berjalan Jauh

2017-01-13 10:19:29

Jika anda sudahpun merancang ke destinasi yang perjalanannya sejauh ratusan kilometer, anda perlu memeriksa keadaan kereta agar sentiasa dalam keadaan baik, di samping mempunyai lapan peralatan yang berikut.  

1. Kabel pelompat (jumper) Bateri kereta anda mungkin kadang-kadang boleh "kong" begitu sahaja. 

Jadi, adalah lebih baik untuk menyediakan satu kabel pelompat (jumper) supaya anda boleh mendapat pertolongan dari kereta lain. Kini,  sudah ada kabel yang berbentuk seperti “powerbank”. 

2. Kit kecemasan Seperti biasa, perlu ada “first aid kit” di dalam kereta anda. 

Di dalam kit tersebut anda boleh menyimpan minyak cap kapak, Vicks dan minyak gamat sebagai tambahan. 

3. Tayar ganti Periksa tayar ganti anda. Pastikan tayar tersebut berisi angin secukupnya dan dalam keadaan yang baik. 

4. Jek & perengkuh (lug wrenche) Kalau ada tayar ganti tetapi tidak ada kedua-dua peralatan ini, tidak berguna juga. 

Peralatan penting tersebut perlu ada di dalam kereta anda. Jek digunakan untuk menaikkan kereta anda, manakala perengkuh pula untuk membuka nat tayar anda. 

5. Pam angin tayar kereta Kalau tayar anda pancit, pam tersebut dapat membantu anda sebelum ke stesen minyak berdekatan untuk betul-betul mengisi angin tayar anda.

6. Segi tiga kecemasan dan lampu suluh Kalau kereta anda rosak di tepi jalan, segi tiga kecemasan dan lampu suluh ini akan membantu anda memberitahu pengguna jalan raya yang lain bahawa kereta anda sedang mengalami masalah. 

7. Selimut atau pelapik nilon Selimut dapat digunakan oleh penumpang kereta yang lain dan berguna sebagai pelapik jika hendak dijadikan alas ketika memeriksa bawah kereta anda.

8. Minyak hitam dan air Walaupun anda sudah memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan, namun terdapat kemungkinan minyak hitam anda kebocoran sewaktu perjalanan. 

Jadi, kalau kurang, anda hanya perlu menambah minyak itu sahaja. 

Selain itu, air sangat penting sekiranya radiator anda tiba-tiba panas. Jika keadaan itu berlaku, tidaklah anda tercari-cari air nanti.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin