Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Tips Membuat Anak Gembira Cuti Bersama Ibu Bapa

2016-12-21 10:40:21

Ibu bapa pasti gembira jika percutian disertai anak-anak kerana selain dapat membuat mereka gembira, percutian dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Namun, kanak-kanak mudah bosan terutama apabila perlu menunggu tanpa melakukan sebarang aktiviti. Berikut beberapa tips bagi memastikan kanak-kanak kekal gembira sepanjang percutian. 1. Terima idea mereka Ketika merancang percutian, bincang bersama anak-anak yang mengikuti percutian itu supaya mereka turut teruja. Berikan mereka peluang memberi pendapat mengenai lokasi yang bakal dituju atau aktiviti yang ingin dilakukan. Dengan ini, mereka akan seronok dan tidak sabar bercuti bersama anda. 2. Bawa snek dan mainan Perjalanan yang panjang atau waktu menunggu yang membosankan mempengaruhi keseronokan atau mood kanak-kanak. Berikan beg galas mengikut saiz yang sesuai untuk membawa snek dan mainan supaya mereka tidak bosan atau penat menunggu. 3. Beri suasana rumah Kadangkala kanak-kanak sukar menyesuaikan diri atau tidur di lokasi. Bawa bersama bantal tidur atau selimut mahupun cawan atau botol air kegemaran mereka. Ia bukan saja membuat kanak-kanak selesa, malah memberi sentuhan seperti berada di rumah. 4. Cuba sesuatu yang baharu Bercuti adalah peluang melakukan aktiviti yang baharu atau yang jarang dilakukan terutama apabila berkunjung ke luar negara. Lakukan sesuatu yang baharu seperti menaiki 'tuk tuk' di Thailand atau Gondola di Vinece. Ia bukan saja memberi pengalaman baharu, malah kanak-kanak teruja melakukan aktiviti berkenaan. 5. Rakam memori bersama Setiap kali melakukan aktivit atau mengambil gambar, jangan lepaskan peluang merakam detik indah itu bersama anak-anak. Berikan mereka peluang mengambil gambar sendiri. Dengan itu, kanak-kanak bukan saja rasa dihargai, malah kenangan percutian itu menjadi lebih dekat dan bermakna.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin