Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Tip Mendaki Gunung

2016-12-12 13:06:10

Tip Mendaki Gunung

Musim luruh merupakan masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti mendaki gunung. Bagi pelancong asing, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian semasa mendaki gunung di China.

1. Kasut kulit, tumit tinggi, kasut musim panas, malah kasut baharu tidak sesuai untuk dipakai ketika mendaki gunung. 

Pelancong dinasihatkan supaya memakai kasut sukan atau kasut kalis air bagi memastikan keselesaan kaki ketika mendaki gunung. 

2. Warga emas dinasihatkan supaya mendaki gunung dengan perlahan-lahan dan lebih baik sekiranya berteman. Di samping itu, sediakan tongkat  untuk memudahkan warga emas mendaki gunung.

3. Aktiviti mendaki gunung atau merentas gunung akan menyebabkan tubuh badan kehilangan tenaga dengan cepat sehingga kita mudah berasa lapar.  

Oleh itu, bawalah makanan ringan seperti coklat, roti, telur atau kacang untuk menambah tenaga.

 4. Terdapat perbezaan suhu yang agak ketara antara kaki gunung dengan puncak gunung. Biasanya, suhu lebih rendah di puncak gunung, manakala anginnya pula agak kencang. 

Oleh itu, pendaki gunung dinasihatkan supaya memakai pakaian yang boleh menahan tiupan angin.

5. Kompas mesti dibawa semasa mendaki gunung atau merentas hutan belantara bagi mengelakkan tersesat jalan.

6. Pendaki gunung dinasihatkan supaya membawa ubat luka yang akan digunakan sekiranya cedera.  

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin