Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Hak penumpang pesawat (1)

2016-11-30 16:55:17

Hak penumpang pesawat (1)

Yang berikut adalah antara hak penumpang yang anda perlu tahu sebelum menempah dan menaiki pesawat bagi syarikat penerbangan yang beroperasi sama ada di dalam atau luar negara.

Tambang penerbangan

Pelanggan mempunyai hak penuh untuk mengetahui kos keseluruhan tiket penerbangan termasuk tambang asas penerbangan, cukai, sebarang caj seperti bahan api dan lapangan terbang, bayaran tambahan dan yuran seperti bagasi dan keselamatan serta bayaran perkhidmatan penumpang. Pastikan segala maklumat pembayaran dicatat secara terperinci dan tiada caj tersembunyi.

Larangan menaikkan harga tiket selepas pembelian

Syarikat penerbangan dilarang menaikkan harga tiket selepas bayaran dibuat, kecuali kenaikan itu berdasarkan dua perkara, iaitu caj atau cukai kerajaan atau bayaran dikenakan suruhanjaya. Kenaikan caj juga dibenarkan jika penumpang diberi notis kemungkinan kenaikan harga dan bersetuju secara bertulis sebelum membuat pembelian.

Larangan menambah perkhidmatan secara automatik

Penumpang seharusnya diberi pilihan dan sebarang perkhidmatan tambahan yang ditawarkan perlu dinyatakan dengan jelas dan telus ketika proses menempah atau membeli tiket. Sebarang perkhidmatan tambahan hendaklah dipilih secara manual dengan pengguna memilih mana-mana perkhidmatan yang dikehendaki oleh mereka.

Perubahan status penerbangan

Penumpang perlu dimaklumkan status penerbangan mereka termasuk penundaan, pembatalan dan penukaran laluan secepat mungkin. Penumpang boleh diberitahu sama ada melalui mesej pesanan ringkas, panggilan telefon atau e-mel.

Tidak dibenarkan menaiki pesawat

Penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat perlu menerima penjagaan atau pampasan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses kepada Internet sekiranya ada. Penumpang juga boleh diberi penginapan jika perlu dan pengangkutan dari lapangan terbang ke lokasi penginapan. Paling penting, penumpang perlu diberi pilihan, sama ada pembayaran balik atau perubahan laluan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin