Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Enam Tip Melancong dengan Bajet Terhad

2016-11-29 10:14:18

 Adakah anda fikir anda memerlukan wang yang banyak untuk mengembara ke luar negara? 

Fikir sekali lagi tujuan anda mengembara, sama ada mahu menikmati percutian serba mewah atau sekadar ingin mencari ketenangan dan mengenal "tempat orang lain".    Ikuti tip-tip mudah ini untuk anda yang ingin menikmati percutian pada bila-bila masa atau di mana sahaja dengan bajet yang terhad.   1. Rancang lebih awal Segala-galanya menjadi lebih mahal jika semakin lama anda menunggu, contohnya tiket kapal terbang, tempahan hotel, apatah lagi pakej pelancongan. 

Oleh itu, anda harus merancang perjalanan dari awal. Pastikan destinasi dan tempat penginapan yang ingin dituju. Yang penting, selepas mengira bajet untuk pengangkutan, penginapan dan makanan, jangan lupa simpan separuh bajet untuk hal-hal kecemasan.   2. Pilih masa bukan waktu puncak Biasanya orang akan mula melancong setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan. 

Pada waktu puncak seperti itu harga tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta dan segala pakej pelancongan akan mula naik dan amat berbeza dengan harga pada hari-hari biasa. Cuba elakkan melancong pada waktu puncak, terutamanya pada hujung tahun.   3. Penginapan Jika betul-betul hendak berjimat, pilihlah hostel untuk backpacker atau hotel bajet sahaja. Tapi awas, elakkan masuk terus (walk-in) kalau tidak mahu kena "sembelih harga".   4. Pengangkutan Kos pengangkutan amat penting untuk diketahui lebih-lebih lagi apabila berada di luar negara. 

Semak harga bas, teksi, bot dan juga sewa kereta terlebih dahulu. Jangan sampai kena tipu hingga bajet anda untuk hal-hal lain sudah dipakai untuk tambang sewa pengangkutan.   5. Makanan Kalau nak jimat tidak perlulah makan di restoran mewah. Lebih elok bawa bekalan sebelum berangkat sekurang-kurangnya boleh mengisi perut untuk sarapan dan makan malam. Untuk makan tengah hari, mungkin boleh mencuba makanan di restoran untuk merasa kelainan masakan.   6. Cenderamata Jika anda mahu membeli cenderamata untuk rakan-rakan dan keluarga, cuba sesuatu yang murah dan unik seperti gelang kunci (keychain) dan magnet/pelekat peti ais (fridge magnets)  ataupun mengirim poskad kepada kawan-kawan yang tersayang.

Semoga tip ini membantu anda merancang pengembaraan anda dengan sebaik-baik mungkin. Tidak mewah tetapi yang pastinya semakin jauh dan luas pemandangan anda.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin