Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Panduan Pelancongan ke Bandar Qingdao

2016-11-11 15:48:24

Panduan Pelancongan ke Bandar Qingdao

Bandar Qingdao, provinsi Shandong, China, antara pusat peranginan yang terkenal di China. Bandar itu mempunyai pantai yang bersih, gunung yang indah, bangunan yang unik dan penduduk yang ramah.

Musim pelancongan terbaik:

1. Di bandar Qingdao, pada bulan Januari hingga bulan April, angin bertiup kencang dan suhu udara lebih rendah. Pesakit artritis sebaiknya mengelakkan kunjungan ke bandar itu pada musim ini.

2. Bandar Qingdao berkabus pada bulan Mei, Jun dan Julai. Udara lebih lembap, dan pencemaran lebih serius. Musim ini tidak baik bagi pesakit bronkitis berkunjung ke bandar itu.

3. Suhu udara berubah besar di bandar Qingdao pada bulan November. Pesakit jantung koronari tidak sesuai melancong ke Qingdao pada bulan ini.

Langkah Berjaga-jaga:

Barangan Tabir suria: Pada musim panas, cuaca di bandar Qingdao sangat nyaman, namun pelancong dicadangkan membawa losen atau krim tabir suria, cermin mata hitam, topi atau payung untuk mencegah kulit terbakar oleh pancaran matahari ketika bermain di pantai. Ingat, jangan mandi laut pada waktu tengah hari.

Ubat-ubatan: Kalau melancong ke bandar Qingdao, pasti akan makan makanan laut. Oleh itu, pastikan anda memilih restoran yang bersih, dan memilih makanan laut yang segar, sebaik-baiknya yang masih hidup sejurus sebelum dimasak. Selain itu, pelancong yang mempunyai masalah gastritis dan alergi digalakkan membawa ubat-ubatan berkaitan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin