Buah laici yang bersifat sederhana dan manis rasanya berfungsi untuk merangsang air liur, melancarkan pengaliran darah, baik untuk perkembangan otak dan meredakan kesakitan.
Selain itu, buah laici juga bermanfaat untuk individu yang kekurangan darah, sakit jantung, insomnia dan sesak nafas.
Menurut kajian perubatan, buah laici mengandungi banyak glukos yang berfungsi untuk menambah sel darah dan baik untuk paru-paru.
Oleh itu, buah laici dapat mendorong pengaliran darah dan agak sesuai untuk dimakan oleh mereka yang lemah pada jantung dan paru-paru.
Sekiranya buah laici dimakan bersama-sama dengan kurma merah dapat mengurangkan angin dalam perut, baik untuk hati, menyingkirkan racun dan merawat cirit-birit.
Namun, organ haiwan, lobak merah dan timun akan menjejaskan vitamin C yang terkandung dalam buah laici. Oleh itu, jangan sesekali menikmati makanan tersebut pada waktu yang sama.