Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Tip Melancong: Berhati-hati Pilih Hotel

2016-10-25 10:15:11

Tip Melancong: Berhati-hati Pilih Hotel

Dalam era yang serba canggih ini, segalanya cukup mudah. Urusan percutian, terutamanya membuat tempahan bilik penginapan di lokasi percutian bagaikan di hujung jari.

Namun, anda perlu berhati-hati ketika membuat tempahan, sama ada penginapan di hotel mewah atau sebaliknya kerana terdapat banyak kes tetamu berasa kecewa apabila hotel yang ditempah tidak sama dengan apa yang dipromosikan dalam laman web.

Yang berikut adalah beberapa tip yang perlu anda beri perhatian ketika membuat tempahan bilik hotel secara dalam talian.

1. Ulasan tetamu

Status perjalanan membantu kita untuk mendapatkan ulasan daripada tetamu yang pernah menginap di sesebuah hotel.

Untuk tidak kecewa dengan pilihan yang kita buat, perhatikan sebanyak mungkin ulasan negatif yang tertera.

Namun, jangan hanya bergantung kepada satu ulasan sahaja. Cuba cari ulasan lain dan buat perbandingan.

2. Status online rasmi

Jika status online rasmi hotel nampak terurus dengan gambar yang diletakkan dalam resolusi kecil, anda perlu berasa curiga akan kredibiliti hotel itu.

Hal tersebut disebabkan, tidak kira hostel atau hotel berbintang berapa pun, mereka pasti memiliki laman web rasmi sendiri.

Jika tidak pun, mereka pasti memiliki media sosial seperti Facebook untuk mempromosikan hotel berkenaan.

Oleh itu, cuba lakukan pencarian di dunia maya untuk mendapatkan gambar terkini hotel yang bakal diinapi.

3. Gambar hotel

Dengan pelbagai perisian yang canggih, sesiapa saja boleh menyunting gambar, sekali gus membuatkan gambar yang tidak cantik menjadi sungguh cantik.

Untuk tidak kecewa dengan gambar yang dilihat dalam laman web, teliti betul-betul setiap gambar yang dimuat naik dalam laman web hotel.

4. Lokasi

Teliti kedudukan lokasi hotel itu dengan apa yang diterangkan dalam status online rasminya.

Cara mengetahuinya adalah dengan menggunakan peta yang tersedia di Google Map.

Dengan kecanggihan peta, iaitu Google Map Street View, anda boleh melihat dengan jelas lokasi dan gambaran hotel yang mahu ditempah itu.

5. Telefon

Walaupun menggunakan talian lebih mudah, namun cuba hubungi penginapan yang telah anda pilih itu.

Memang betul akan ada orang yang akan menjawab panggilan anda dan dengan ramah memberikan maklumat yang anda perlukan atau sebaliknya.

Hal ini berguna sebagai gambaran awal mengenai layanan yang akan anda terima ketika menginap nanti.

(sumber Harian Metro Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin