Tasik Sun Moon NSA merupakan tasik air tawar yang terbesar di provinsi Taiwan, China dan dikelilingi gunung-ganang yang dilitupi oleh hutan hujan tanah tinggi. Ikuti laluan ini dari Taichung ke tengah-tengah Taiwan, dengan hentian di Taman Arca New Era Art, Kubah Kertas dan Tasik Sun Moon.
Bas Pelancong Taiwan - Laluan Tasik Sun Moon
Resort dan Spa New Era Art
Kompleks besar ini mempunyai arca, lukisan dan hasil seni sulaman yang dicipta oleh seniman yang terkenal Lin Yuan, di samping satu vila BandB, restoran, pusat spa dan kawasan permainan kanak-kanak. Satu destinasi hebat untuk keseronokan seisi keluarga.
Mesti lihat: Hasil seni ukiran
Masa: 40 min (anggaran)
Kubah Kertas
Kubah Kertas di Kampung-Eko Tao-Mi adalah satu struktur kadboard yang dibina oleh arkitek Jepun, Shigeru Ban tidak lama selepas gempa bumi Kobe pada tahun 1995. Kubah Kertas itu telah diderma dan dipindahkan ke Taiwan pada tahun 2005.
Mesti lihat: Struktur seni bina
Masa: 30 min (anggaran)
Bandar Yuchi
Bandar Yuchi adalah tapak kepada pelbagai tarikan seperti Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Tasik Sun Moon, Gondola Ropeway Tasik Sun Moon dan Kampung Budaya Orang Asli Formosa. Tapak tersebut juga merupakan petempatan asal utama puak orang asli Taiwan Thao.
Mesti makan: Hidangan set bercita rasa asli
Masa: 2 jam (anggaran)
Ladang Teh Assam
Yuchi adalah tempat bagi teh tanah rendah yang berasal dari Assam India dan pertama kali ditanam secara komersial di Taiwan.
Kini, kilang pemprosesan teh yang berinspirasikan Ceylon pada awal kurun ke-20 itu telah didaftarkan sebagai tapak warisan bersejarah kebangsaan.
Mesti beli: Teh Hitam Assam Ruby Red
Masa: 30 min (anggaran)
Tasik Sun Moon
Tasik Sun Moon, tasik terbesar di Taiwan, terletak dalam satu kawasan hutan hujan semula jadi yang damai. Sering disebut-sebut dalam cerita, lagu dan puisi, tasik tersebut kini telah menjadi milik anda dan anda boleh menjelajahinya dengan bot atau mengelilinginya dengan berjalan kaki dan berbasikal.
Mesti alami: Berjalan kaki atau mengayuh basikal di trek tepi tasik
Masa: 2 jam (anggaran)
Bas Pelancong Taiwan (perkhidmatan bas biasa ke destinasi-destinasi tempatan)
(MULA) Stesen TRA Taichung ⇄ Stesen HSR Taichung ⇄ Jambatan Ailan (Resort dan Spa New Era Art) ⇄ Kampung-Eko Tao-Mi (Kubah Kertas) ⇄ Dayan (Komuniti Seshui) ⇄ Yuchi ⇄ Ladang Teh Assam ⇄ Tasik Sun Moon (AKHIR)
- Jumlah Masa Kembara: 1 jam 30 minit (mula hingga akhir)
- Cara ke Stesen Bas: Naiki teksi selama 50 min ke Stesen TRA Taichung. Untuk perjalanan pulang, naiki Bas Pelancong Taiwan untuk kembali ke Stesen TRA Taichung (lebih kurang 1 jam 30 minit).
- Tambang: Tambang teksi bermeter + NT0 tiket bas sehala (NT0 pergi balik)
- No.Telefon: 04-9298-4031 / 04-9285-5668
•Laman Web: www.taiwantrip.com.tw