Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Tips Melancong di Shanghai

2016-09-27 10:38:54

Industri pelancongan di Shanghai semakin hari semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelancong asing sehingga bilangannya telah mencecah lebih 12 juta orang pada tahun 2015.

Shanghai yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di timur China merupakan bandar raya yang penting di China. 

Pada asalnya Shanghai adalah sebuah kota perikanan yang lengang dan bandar raya China yang penting pada abad ke-20.     Namun, selepas itu, Shanghai terus berkembang maju menjadi pusat kewangan yang ketiga terbesar di dunia, dengan berada di belakang bandar raya New York dan London, serta bandar raya perdagangan yang terbesar di Timur Jauh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.     Yang berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian ketika melancong di Shanghai.     1. Perlu diingat, anda bukan menetap di Shanghai, sebenarnya anda hanya melancong di Shanghai. Sudah semestinya anda perlu "merayau" dalam tempoh masa yang lama di luar. Mengapakah penulis perlu menyebut perkara tersebut? 

Hal ini disebabkan musim panas di Shanghai adalah sangat panas. 

Oleh itu, diharap pembaca dapat memberikan perhatian dengan membawa segala peralatan yang boleh mengelakkan diri anda daripada pancaran matahari yang terik sehingga diserang penyakit demam panas. 

Perkara tersebut perlu diberikan perhatian agar kunjungan anda ke Shanghai lebih menggembirakan.   2. Selain itu, perlu diingat, musim sejuk di Shanghai juga sangat sejuk suhunya. Kalau pembaca mengunjungi Shanghai pada musim sejuk, perlulah sediakan lebih banyak pakaian yang sesuai untuk musim sejuk bagi memastikan diri anda sentiasa berada dalam suhu sederhana dan terhindar daripada diserang penyakit selsema. 

Sekiranya jatuh sakit ketika melancong, bukankah tidak elok dan mengganggu "mood" baik anda?     3. Hidangan makanan bagi orang Shanghai adalah dalam kuantiti sedikit atau lebih kepada sekadar cukup-cukup. 

Bagi mereka yang kuat makan, jangan segan untuk meminta makanan tambahan bagi mengelakkan diri daripada kelaparan kelak.     4. Oleh sebab penduduk tempatan bertutur dalam loghat Shanghai dan seperti diketahui umum, loghat Shanghai memang agak susah difahami, maka bagi pengunjung luar yang melancong seorang diri ke Shanghai adalah wajar mendapatkan sedikit pemahaman mengenai loghat Shanghai bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian salah faham.     5. Shanghai merupakan salah satu bandar raya metropolitan yang terkenal di mata dunia. Oleh itu, pengunjung perlu menjaga tingkah laku dan imej, serta mementingkan sikap mencintai alam sekitar, bersopan santun dan berbudi bahasa.     6. Harus diingat juga beberapa destinasi pelancongan yang terkenal seperti Jalan Nanjing dan Kuil Cheng Hunag semestinya dibanjiri pengunjung dari seluruh ceruk rantau, maka anda mesti berhati-hati dengan memastikan barangan peribadi disimpan sebaik mungkin bagi mengelak daripada berlakunya kecurian.     7. Sistem pengangkutan di Shanghai memang lebih maju, tetapi struktur susunan jalan rayanya agak mengelirukan dan mudah sesat. 

Oleh itu, adalah lebih elok anda menyediakan alat sistem pengesan global (GPS) atau peta yang sesuai bagi memudahkan perjalanan anda. Selain itu, pengangkutan awam di Shanghai mengutamakan penggunaan duit syiling, jadi sediakanlah duit syiling yang secukupnya. 

Kalau menaiki kereta api MRT, penggunaan tiket sepanjang hari adalah lebih berbaloi.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin