Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Elak Situasi Telinga Berdengung ketika Naik Pesawat

2016-09-21 10:15:27

Elak Situasi Telinga Berdengung ketika Naik Pesawat

Ketika pertama kali menaiki pesawat, pasti anda pernah mengalami situasi telinga berdengung sehingga membuatkan anda kurang selesa dan panik sekejap. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh mengundang rasa sakit seperti pening dan loya.

Hampir semua penumpang mengalami masalah seumpama itu, iaitu rasa tekanan di dalam telinga sehingga mengakibatkan telinga berdengung. Situasi ini akan menjadi lebih teruk apabila anda mengalami selesema, demam, sakit tekak atau alergi pada hidung.

Namun rasa kurang selesa itu hanyalah sementara jika anda tahu cara untuk mengelakkannya. Perkara yang perlu anda lakukan adalah dengan mengelak daripada tidur ketika kapal terbang berlepas atau mendarat.  Hal ini akan mengundang tekanan yang paling kuat dan ketara. Selain itu, jangan lupa untuk mengunyah sesuatu semasa menaiki penerbangan. Kunyahlah gula-gula getah untuk melupakan rasa sakit telinga itu.

Elak Situasi Telinga Berdengung ketika Naik Pesawat

Cara yang paling berkesan adalah dengan menggunakan teknik "vasalva", iaitu dengan menutup hidung dan mulut, kemudian menghembuskan nafas dengan kuat. Tetapi, jangan menghembus terlalu kuat kerana ini boleh merosakkan gegendang telinga dan tiub Eustachian.

Jika anda khuatir dengan keadaan tersebut, anda boleh mendapatkan ubat seperti dekongestan daripada doktor. Sekiranya mengalami selesema, ada baiknya anda menunda tarikh penerbangan sehingga anda betul-betul sembuh.

--LIBUR

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin