Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Elak Si Kecil Meragam

2016-08-17 10:35:58

Elak Si Kecil Meragam

Bercuti dengan anak kecil ke destinasi percutian idaman pastinya cukup mengujakan. Maklum sahaja dengan telatah yang comel, pasti cukup membahagiakan.

Namun, saat membawa bayi bercuti ke destinasi yang memerlukan anda menaiki pesawat tentu ada kesulitan tersendiri dan pelbagai perkara perlu diberikan perhatian, antaranya termasuklah perasaan risau sekiranya bayi meragam atau sukar tidur ketika dalam perjalanan dan banyak lagi.

Oleh itu, terutamanya bagi anda yang pertama kali membawa bayi bercuti dengan menaiki pesawat, ketahuilah kesalahan yang sering dilakukan ibu bapa supaya anda boleh menghindarinya, sekali gus menjadikan perjalanan ke destinasi percutian lebih menyenangkan.

Tidak tahu cara membawa perahan susu ibu ke dalam pesawat

Membawa perahan susu ibu adalah antara pilihan saat membawa anak menaiki pesawat. Namun, pilihan tersebut sering menjadi masalah kerana tidak tahu akan cara yang betul.

Untuk penerbangan nasional, anda boleh membawa susu yang telah diperah di dalam bekas khas. Namun, anda perlu memastikan bekas penyimpanan itu selamat dan tidak mudah tumpah.

Jika perlu melakukan penerbangan jauh, anda boleh meminta pramugari penerbangan menyimpannya di dalam peti ais pesawat.

Salah memilih jadual penerbangan

Biasanya anda mempertimbangkan harga tambang ketika memilih jadual penerbangan. Kini, untuk membeli tiket penerbangan, jadual tidur si bayi satu keutamaan.

Pastikan jadual penerbangan sama dengan waktu tidur siang atau malam bayi. Hal ini akan membantu bayi lebih cepat lelap ketika berada di dalam pesawat.

Selain itu, gunakan pakaian yang selesa dan mungkin pakaian tidur agar babi boleh tidur dengan nyenyak. Pakaian yang sesuai akan memberikan rangsangan pada anak untuk tidur di dalam pesawat.

Memaksa anak tidur

Jika si kecil tidak boleh tidur sepanjang perjalanan, sebenarnya anda tidak perlu memaksanya. Ruang sempit dan situasi pesawat yang tidak selesa pasti menyulitkannya untuk tidur.

Selimut, mainan dan barangan kesayangannya dapat membantu anak sentiasa tenang di dalam pesawat.

Berjalan-jalan sejenak di kabin pesawat juga boleh menjadi pilihan untuk membuat­kannya tenang.

Tidak meminta bantuan pramugari untuk keselamatan bayi

Sebenarnya, anda tidak perlu segan bertanya tentang perihal keselamatan bayi ketika di dalam pesawat termasuk ketika pemasangan tali ping­gang keselamatan.

Memangku anak bukan bererti anda akan selamat di pesawat. Minta penjelasan daripada pramugari yang bertugas mengenai tindakan yang perlu dilakukan ketika menghadapi saat-saat kecemasan, sekiranya membawa bayi.

Ketika kadar oksigen di kabin menurun misalnya, anda perlu pastikan diri sendiri selamat sebelum menyelamatkan anak.

Cari pelbagai tip dan kaedah yang betul untuk memastikan anda dan bayi selesa serta selamat sepanjang penerbangan ke destinasi percutian yang dituju.

(sumber: myMetro Online Malaysia)  


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin