Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Percutian Kapal Mewah

2016-07-28 16:21:05

Percutian Kapal Mewah

Bagi mereka yang ingin merancang percutian, tetapi mempunyai masa yang terhad untuk mengatur segala perkara sebelum bercuti, Star Cruises iaitu sebuah syarikat kapal layar mempunyai jalan penyelesaiannya.

Syarikat ini menawarkan percutian hebat di atas kapal mewah mereka yang membawa penumpang melancong ke luar negara dalam masa singkat.

Syarikat kapal mewah ini menawarkan lebih daripada lima jenis kapal yang boleh membawa penumpang ke luar negara. Antara kapal yang ditawarkan oleh Star Cruises adalah Superstar Libra, Superstar Virgo, Superstar Gemini dan Superstar Aquarius.

Kapal-kapal mewah ini akan membawa penumpang ke beberapa destinasi tertentu di Asia antaranya Thailand, Korea Selatan, Tanah Besar China dan Hong Kong, Singapura dan Vietnam.

Percutian Kapal Mewah

Penumpang boleh memilih destinasi yang ingin ditujui bersama keluarga dan setiap kapal yang ditawarkan akan membawa penumpang ke destinasi berlainan. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk bercuti di Thailand, kapal layar yang akan membawa anda ke sana ialah Superstar Libra dan kapal ini akan berlabuh di Pulau Pinang.

Pada hari pelayaran, penumpang dinasihati supaya tiba lebih awal di pelabuhan bagi memudahkan proses daftar masuk dan pemeriksaan bagasi. Selesai daftar masuk, penumpang akan dibawa masuk ke dalam kapal.

Sebaik sahaja tiba di dalam kapal, para penumpang pasti rasa kagum dengan dekorasi serba mewah yang disediakan oleh pihak Star Cruises yang sentiasa mementingkan keselesaan penumpang.

Star Cruises sentiasa memberi khidmat dan layanan mesra kepada penumpang dan mereka juga turut mengutamakan aspek keselamatan penumpang. Anak kapal yang sentiasa bersedia membantu penumpang berasal daripada pelbagai negara seperti Filipina, China, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Sepanjang di atas kapal tersebut, Star Cruises bertungkus-lumus menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai semua penumpang bagi mengisi masa lapang dan penumpang tidak akan rasa bosan.

Pada hari pertama pelayaran, aktiviti yang diadakan adalah Pesta Selamat Datang yang membuatkan penumpang lebih teruja untuk terus berada di atas kapal.

Antara kemudahan yang disediakan untuk memenuhi kehendak dan membuatkan penumpang tidak bosan ketika belayar ialah spa dan urutan istimewa daripada tukang urut Thailand, salon kecantikan dengan khidmat mendandan rambut serta menghias kuku, selain membeli-belah di kedai bebas cukai yang terdapat di atas kapal.

Selain itu, terdapat juga padang golf mini yang disediakan bagi mereka yang meminati sukan golf serta terdapat gelanggang bola keranjang bagi anak-anak muda mengisi masa lapang.

Para penumpang diberi masa untuk turun dan kembali semula ke kapal. Penumpang akan diberi taklimat tentang negara yang dilawati serta beberapa tips berguna yang akan membantu penumpang semasa berada di luar kapal.

(sumber Utusan Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin