Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Tip Perjalanan ke Taiwan

2016-07-19 13:28:21

Melancong di provinsi Taiwan, China dengan segala maklumat yang anda perlukan tentang visa, iklim, mata wang dan maklumat lain.

Tip Perjalanan ke Taiwan


Visa

Bagi rakyat Malaysia, pasport menikmati tempoh tanpa visa ke Taiwan tidak lebih daripada 30 hari tempoh. Bagi mereka yang berhasrat untuk tinggal lebih 30 hari lama, perlulah memohon visa.

Bahasa Perantaraan

Bahasa Mandarin merupakan bahasa kebangsaan China. Bahasa Taiwan yang hampir menyerupai bahasa Hokien / Fujian yang digunakan secara meluas. Di pusat-pusat pelancongan, kakitangan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Jepun.

Iklim

Taiwan terletak di antara kawasan moderat dengan kawasan tropikal dan beriklim subtropikal. Suhu purata tahunan kira-kira 22°C kecuali kawasan pergunungan.

Kadar dan Pertukaran Matawang

Tip Perjalanan ke Taiwan

Matawang Taiwan ialah New Taiwan Dolar (NT$). Kadar pertukaran mata wang ialah RM1.00 = NT.48. Wang tunai dan cek kembara boleh ditukar di kebanyakan bank dan pejabat pos besar, dan juga dalam beberapa hotel dan pusat membeli-belah. Penggunaan kad kredit diterima meluas di Taiwan. Wang kertas bank terdapat dalam denominasi NT$ 2000, 1000, 500, 200, dan 100. Duit syiling dalam 50, 20, 10, 5 dan 1. Bagi kemudahan pelancong Malaysia, adalah disarankan supaya menukar matawang RM ke NT$ di bank-bank Malaysia terlebih dahulu sebelum berlepas ke Taiwan.

Upah Tip

Upah tip tidak diterima atau digalakkan. Kebanyakan hotel dan restoran berkelas tinggi mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus.

Telekomunikasi

Panggilan antarabangsa boleh dibuat di telefon awam yang menerima kad pra-bayar atau syiling. Kad pra-bayar boleh didapati di kedai-kedai serbaguna. Semua telefon boleh digunakan untuk panggilan domestik. Kiriman melalui faks boleh dilakukan di semua rangkaian kedai serbaguna 7-Eleven dan Family Mart. Penerimaan isyarat selfon termasuk 3G, adalah bagus di hampir semua tempat di Taiwan tapi agak kurang jelas di kawasan pergunungan.

Nombor Telefon yang Berguna dan untuk Kecemasan

Untuk membuat panggilan antarabangsa dari Taiwan, dail 002, kemudian kod negara dan nombor telefon yang betul.

Contoh:tambah 002 + kod Negara + kod kawasan + number telefon

Untuk Panggilan ke Taiwan

Kod Negara adalah 886

►Polis: 110 Unit Polis Berbahasa Inggeris

►Taipei: (02) 2556-6007

►Biro Hal Ehwal Konsulat: (02) 2343-2888

►Perkhidmatan Bomba dan Ambulans: 119

►Bantuan Operator Antarabangsa: 100

►Bantuan Direktori Dalam Bahasa Inggeris:

►Bantuan Direktori Dalam bahasa Cina: 104 & 105

Tourist Information Hotline 24 jam (0800-011-765) dan Information for Foreigners Hotline 24 jam (0800-024-111) adalah amat berguna. Jika mereka tidak dapat mencari maklumat yang anda perlukan serta-merta, mereka akan menelefon anda kembali, selalunya dalam masa 30 minit.

Elektrik

110V/60Hz; plak mengikut Amerika Syarikat, ada dua serampang pipih yang selari. (plug 2 pin)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin