Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Pelancongan Sehari di Beidaihe

2016-07-14 17:25:37


Beidaihe yang terletak di sebelah barat pusat bandar Qinhuangdao, provinsi Hebei, diberkati dengan cuaca yang nyaman dan jajaran pantai yangamat indah.

Tempat yang mengalami iklim kelautan ini tidak terlalu panas pada musim panas dan juga tidak terlalu sejuk pada musim sejuk.

Ditambah pula dengan kualiti udara yang baik tanpa pencemaran dan gangguan bunyi bising, kadar liputan hutan setinggi 54% serta landskap semula jadi yang memukau, tempat peranginan musim panas ini menarik kedatangan ramai pelancong untuk bersantai.

Geziwo yang bermaksud "sarang merpati" dalam bahasa Mandarin, antara destinasi yang mesti dilawati jika anda hanya singgah sehari sahaja.

Jika cuaca cerah, anda dicadangkan bangun pada pukul 5.00 pagi. Selepas sarapan, naiki teksi ke "sarang merpati" yang merupakan tempat terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbit.

Kemudian, berkunjung ke Gunung Lianfeng untuk melihat pemandangan laut dan panorama seluruh bandar Qinhuangdao. Perjalanan untuk sampai di puncak gunung itu mengambil masa kira-kira dua jam.

Pada tengah hari, anda boleh menjamu selera di restoran yang berhampiran dengan hotel. Selepas berehat sekejap di bilik, anda disarankan menghabiskan waktu petang di pandai.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin