Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Buat Pilihan Bijak

2016-06-23 11:56:34

Buat Pilihan Bijak

Pernahkah anda merasai pengalaman bil telefon bimbit naik mendadak apabila baru pulang bercuti dari luar negara? 

Hal ini disebabkan anda mengaktifkan talian untuk perayauan antarabangsa (roaming) ketika berada di luar negara dan membuat panggilan serta menggunakan data Internet bagai tak ingat dunia! 

Oleh itu, tip melancong ini menyenaraikan cara memilih kad SIM sama ada untuk panggilan telefon atau data Internet supaya anda bebas berhubung dengan orang tersayang di tanah air saat bercuti nanti. 

Ketahui kelebihan kad SIM 

Sebelum memilih mana-mana kad SIM yang akan digunakan ketika berada di luar negara, pastikan anda mengetahui pakej yang ditawarkan syarikat telekomunikasi berkenaan dengan terperinci. 

Tanyakan kadar panggilan antarabangsa yang ditawarkan untuk seminit. Selain itu, anda perlu memastikan sama ada syarikat telekomunikasi tersebut menawarkan penggunaan data Internet dengan harga murah atau hanya sekadar panggilan telefon. 

Jika turut menawarkan perkhidmatan Internet, tanyakan juga caj yang dikenakan. 

Pertimbangkan harga

 Faktor utama dalam mencari sesuatu barangan ialah harga. Ketika ini banyak promosi ditawarkan syarikat pembekal, namun berhati-hati sebelum membuat pilihan dan jangan mudah tergoda. 

Biasanya promosi yang ditawarkan tidak sesuai dengan apa yang anda mahukan. 

Semuanya bergantung kepada pilihan anda. Mahu yang murah tetapi sering memberi masalah atau mahal tetapi sambungan Internetnya pantas. 

Kad SIM yang banyak dijual kini cenderung memiliki kepantasan pemindahan data. 

Kepantasan Internet 

Namun, jangan terlalu teruja dengan pakej yang ditawarkan kerana realitinya anda akan memperoleh kuota Internet lebih kecil daripada apa yang dijanjikan. 

Lokasi dituju

 Jika membeli modem yang dirasakan sesuai dengan keperluan anda, namun tetap menghadapi masalah sambungan ke panggilan telefon atau Internet, anda perlu mencurigai lokasi percutian anda. 

Menggunakan telefon di kawasan yang padat dengan pengguna akan menyebabkan talian anda tersekat-sekat, manakala Internetnya pula terlalu perlahan. 

Cuba keluar dari kawasan berkenaan dan cuba menggunakan telefon. Jika masalah itu selesai, ini bermakna lokasi anda adalah punca kepada masalah itu. Tidak semua tempat dapat menerima jaringan pembekal telekomunikasi. 

Sebaik-baiknya anda memilih pembekal yang memiliki jaringan yang kukuh di lokasi percutian anda. 

Maklumat itu boleh diperoleh dengan bertanyakan penduduk tempatan. 

Tidak semua pakej yang ditawarkan syarikat telekomunikasi hanya indah khabar daripada rupa.

Pakej menarik 

Jika membeli kad SIM daripada syarikat telekomunikasi yang ternama dan mempunyai banyak rangkaian di seluruh dunia, anda akan mendapat pakej menarik sama ada untuk panggilan atau data Internet. 

Yang penting, pakej tersebut lebih murah dan liputannya juga meluas. 

(sumber: myMetro Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin