Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Panduan Pelancongan ke Haerbing pada Musim Panas

2016-06-12 11:27:42

Panduan Pelancongan ke Haerbing pada Musim Panas

Bandar Haerbing, ibu kota provinsi Heilongjiang yang terletak di timur laut China merupakan destinasi pelancongan yang baik pada musim panas.

Pada waktu itu, bandar Haerbing berwarna-warni, bangunan yang bercirikan Eropah dihias dengan pokok-pokok hijau. Cuaca yang selesa dan nyaman menarik ramai pelancong dari selatan China yang ingin mengelakkan diri daripada cuaca yang terlalu panas pada musim ini. Yang berikut ialah itinerari untuk mengadakan lawatan singkat di bandar Haerbing.

Hari Pertama Anda boleh mengunjungi Gereja Sophia, gereja ortodoks yang terbesar dan paling terkenal di bandar ini. Selepas itu, anda boleh berjalan ke Jalan Pusat, bersiar-siar di jalan yang penuh dengan gaya seni bina Eropah dan mencuba hidangan tipikal Rusia. Anda juga boleh bersiar-siar dengan menyusuri Jalan Pusat hingga tiba di Sungai Songhua untuk menikmati pemandangan di sana. Pada waktu petang, Jalan Jingyang adalah alternatif terbaik untuk melihat gaya seni bina Baroque di China. Pada sebelah malam, anda dicadangkan menaiki kapal dan menikmati pemandangan malam di Sungai Songhua.

Panduan Pelancongan ke Haerbing pada Musim Panas

Hari Kedua Anda boleh menaiki bas nombor 80 ke Taiyangdao untuk menikmati cuaca yang nyaman pada musim panas di bandar itu. Tanah lembap Sungai Songhuajiang adalah lokasi yang baik untuk menghayati keindahan alam sekitar. Destinasi seterusnya, anda boleh memilih Taman Hulinyuan untuk melihat spesies harimau yang khusus terdapat di kawasan timur laut China dan hampir pupus pada masa sekarang.

Hari Ketiga Manor Volga adalah satu destinasi yang tidak harus disia-siakan ketika melawat ke bandar Haerbing. Anda boleh melihat seni bina Rusia, menikmati pemandangan tanah paya serta bersuka ria dengan tarian tipikal Rusia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin