Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Tip Melancong : Barang Larangan dalam Pesawat

2016-06-02 10:59:03

Tip Melancong : Barang Larangan dalam Pesawat

Biarpun anda sudah banyak kali menaiki kapal terbang ke mana-mana destinasi sama ada dalam atau luar negara, namun pasti ramai yang masih keliru tentang barang-barang yang dilarang dibawa masuk ke dalam pesawat bersama-sama dengan anda. Jika tidak, anda terpaksa membuka bagasi yang sudah berkunci rapi untuk membuang barang larangan berkenaan.

1. Barangan tajam

Jangan membawa barangan tajam di dalam bagasi tangan anda, antaranya termasuklah gunting kecil, mata pisau pencukur, pembuka botol, pemotong kuku, dan lain-lain. Walaupun saiznya kecil, tetapi bahagian yang tajam tersebut dikhuatiri boleh dijadikan senjata dan mendatangkan bahaya kepada penumpang lain di dalam pesawat.

2. Barangan cecair

Cecair yang dilarang dibawa ketika menaiki pesawat ialah jenis minyak dan cecair pemetik api. Walaupun tidak mendatangkan bahaya, namun cecair mestilah dimasukkan ke dalam satu bekas yang tidak melebihi 100 ml dan perlu dibungkus di dalam beg plastik yang diikat ketat.

Tip Melancong : Barang Larangan dalam Pesawat

Antara yang dikecualikan termasuklah ubat dan susu formula yang dibenarkan dibawa bersama-sama dengan anda ke dalam pesawat.

3. Alat penyembur

Semua jenis alat penyembur, seperti penyembur rambut, minyak wangi, racun serangga dan tin isian pemetik api adalah dilarang kerana mengandungi kandungan gas yang boleh menyebabkan kebakaran. Anda boleh membawa barangan tersebut melalui bagasi yang didaftarkan.

4. Peralatan sukan

Walaupun peralatan sukan, seperti kayu hoki atau raket tenis, adalah tumpul, tetapi anda tetap tidak dibenarkan untuk membawa barang-barang tersebut ke dalam pesawat kerana boleh mendatangkan kecederaan kepada penumpang lain ekoran saiznya yang besar. Peralatan tersebut juga boleh mengganggu para penumpang ketika meletakkan bagasi tangan mereka pada ruang penyimpanan.

5. Buah-buahan

Keenakan buah-buahan tempatan memang tidak dapat disangkal lagi. Namun, seenak mana pun, ada antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat kerana dikhuatiri baunya boleh mengganggu ketenteraman penumpang.

Tip Melancong : Barang Larangan dalam Pesawat

Buah seperti durian yang terkenal dengan baunya yang kuat dan tajam boleh menyebabkan penumpang yang tidak tahan berasa mual, muntah dan mungkin pengsan. Selain durian, buah kuini dan cempedak juga adalah antara buah-buahan yang dilarang dibawa naik ke pesawat.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin